Bila Rakyat Diperjudikan. Kalau Kena Baru Pikir Cara Kot


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tiada rancangan untuk menyemak semula pengecualian visa 15 hari kepada pelancong warga China, susulan kes pertama jangkitan coronavirus di Malaysia.

"Pada masa ini belum (ada perancangan), tetapi kita periksa semua pelancong yang datang terutama dari China," katanya ketika ditemui pemberita di rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan menyatakan hasrat untuk berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri berhubung kemungkinan mengawal kemasukan pelancong warga China untuk menangani penyebaran virus tersebut.

Diminta mengulas tindakan sesetengah pihak yang mempersoal keputusan kerajaan untuk memberi pengecualian visa kepada warga China, Mahathir menegaskan keputusan itu dibuat sebelum virus itu mula-mula dikesan di Wuhan di China.

"Ia (keputusan) dibuat sebelum kita ambil kira tentang coronavirus. Macam mana kita nak tahu? Dan (pada masa itu) China beri (pengecualian) visa tiga tahun kepada warga Malaysia." katanya.


Mahathir berkata tiga warga China di sini yang dikesan dinjangkiti virus itu akan terus dikuarantin.

"Kita akan pantau (keadaan mereka)...Kita benarkan mereka berada di sini dan kuarantin mereka," katanya.

Berhubung kedatangan pelancong China sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, beliau juga berkata kerajaan China mungkin telah mengehadkan warga mereka untuk keluar daripada negara itu.

"Kami percaya jumlah terbesar pelancong yang datang ke Malaysia ialah dari China. Oleh kerana China berdepan masalah (coronavirus), mungkin mereka tak boleh keluar.

"Malah, di Wuhan kerajaan telah kuarantin seluruh bandar...11 juta penduduk tak dibenarkan keluar," katanya lagi.

Susulan pengesanan kes pertama coronavirus di Malaysia, perdana menteri juga mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan memakai topeng jika perlu.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments