Boleh Pulak Bertembung. Hahaha.. PKR ooo PKR

Dua kumpulan dari PKR berdepan antara satu sama lain ketika menunggu ketibaan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin di luar ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya pagi ini.

Satu pihak, kebanyakannya memakai baju parti, berkata mereka datang untuk menunjukkan sokongan kepada Zuraida.
Kumpulan yang terdiri daripada 50 orang itu berkata mereka mewakili pemimpin akar umbi dan ahli-ahli PKR yang sebahagian besarnya dari cabang PKR Ampang.

Satu kumpulan lagi, yang kebanyakannya berpakaian biasa, membawa sepanduk menggesa pemimpin parti itu - yang dijadual bertemu hari ini dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat - untuk memecat Zuraida.

Polis dilihat sedang bersiap sedia mengawal keadaan ketika kedua-dua kumpulan saling membalas ejekan.

Penyokong Zuraida mendakwa kumpulan lawan mereka itu tidak dikenali dalam PKR.

Sementara itu, kumpulan anti-Zuraida pula menegaskan mereka merupakan penyokong setia PKR.

Mereka juga mendakwa Zuraida menghina parti itu dengan melakukan serangan terbuka terhadap Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Zuraida sebelum ini tidak hadir mesyuarat PKR sehinggalah mesyuarat biro politik yang diadakan pada 8 Jan lalu.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments