Gila Punya Driver Preve, Doakan Driver Navara Tidak Kritikal



Bagi yang bawa kereta di laluan kanan tu, nak laju boleh tapi kena selalu alert. Pemandu bangkai yang suka tukar lorong sesuka hati tanpa signal ni ramai. Dia buat macam kita ni ada kuasa untuk baca kepala otak dia samada mahu belok ke kiri atau ke kanan.

Kereta tersalah masuk nak uTurn orang lain jadi mangsa. Begitu jugalah kerajaan yang suka buat keputusan uTurn ni. Yang jadi mangsa netizen!

TheReporter :
Gara-gara tindakan sebuah kereta yang mahu masuk ke lorong U-Turn secara melulu menyebabkan kereta pacuan empat roda kemalangan sehingga menghentam tiang lampu jalan. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1. 36 petang Isnin lalu di berhampiran Minlon, Seri Kembangan, pemandu kereta Nissan Navara dalam perjalanan menghala ke Bangi/Putrajaya di lorong kanan. Tiba di tempat kejadian, Proton Preve yang berada di lorong kiri secara tiba-tiba mengubah haluannya dan cuba masuk ke lorong U-Turn. Pemandu Navara tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sebelah kanan Preve dan terbabas serta merempuh tiang lampu jalan. 






Post a Comment

0 Comments