MCA berasa sangsi dengan kenyataan Kementerian Kesihatan yang mendakwa masalah stok vaksin bagi Influenza A sudah diselesaikan.
Ini kerana, rakyat masih merasai vaksin berkurangan, malah ubat-ubatan juga tidak mencukupi.
Ahli Jawatankuasa Pusat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial MCA, Datuk Dr Lee Hong Tee mempersoalkan sama ada kenyataan yang dibuat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad bersandarkan fakta atau sebaliknya.
Beliau kesal kesal kerana kerana meskipun ancaman wabak Influenza A ini semakin mengancam dan pesakit semakin bertambah, kerajaan sehingga kini belum mengeluarkan apa-apa arahan mahupun pelan tindakan.
Malah tidak menyiarkan apa-apa informasi yang berkaitan.
Lee mendakwa pihak hospital seperti mati akal, hanya mampu menyuruh pesakit pulang ke rumah.
“Keadaan kerajaan yang tidak kompeten, pasif dan lembap telah menyebabkan rakyat berasa takut, bingung serta risau,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, wabak Influenza A bermula pada penghujung tahun lalu telah merebak dengan pantas hingga vaksin mula kehabisan stok pada Disember lalu.
“Kerajaan nampaknya tidak mampu melakukan apa-apa terhadap penularan wabak H1N1 ini, malah tidak bertindak serius.
“Keadaan ini sama dengan insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Johor tahun lalu. Kedua-dua insiden ini mendatangkan kemarahan serta kerunsingan rakyat tehadap kelemahan kerajaan,” ujarnya yang menggesa kerajaan mewujudkan mekanisme untuk mengatasi krisis ini, dengan memberikan penerangan yang menyeluruh kepada rakyat secara bersistematik, tersusun serta tepat pada waktunya.
Dalam situasi kekurangan vaksin sekarang ini, kerajaan juga perlu mencari jalan bagi mendapatkan lebih banyak vaksin dan mengagihkannya secara efektif untuk melindungi rakyat.
MCA juga mencadangkan kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Bertindak Khas Influenza A khusus bagi menghadapi wabak ini serta menyebarkan informasi berkaitan.
Jawatankuasa ini perlu mengadakan sesi taklimat sekurang-kurangnya sekali sehari, bagi melaporkan perkembangan terbaru wabak, termasuk jumlah pesakit, bilangan kematian, lokasi jangkitan, stok vaksin dan sebagainya.
Kementerian Kesihatan dicadangakn ,endirikan bilik gerakan khas di lokasi yang terjejas teruk, menyelaraskan pembahagian dan kaedah penggunaan ubatan serta vaksin, contohnya memberi keutamaan pengagihan ubatan dan vaksin hospital dan klinik kesihatan di kawasan terjejas teruk, atau mengutamakan hospital kerajaan dan sebagainya.
MalaysiaGazette
0 Comments