Kerana Keliru PM Putuskan Warna Kasut Sekolah Bebas.. Hoorayy!


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau agak keliru dengan pelbagai fakta yang dibentangan kepadanya dalam taklimat Kementerian Pendidikan semalam, bagaimanapun satu perkara telah diputuskan iaitu murid-murid boleh memakai kasut berwarna coklat, hitam, kelabu, putih atau apa sahaja.

Beliau yang memangku jawatan Menteri Pendidikan memberitahu taklimat yang dihadirinya semalam sangat panjang, dan pelbagai perkara telah dibentangkan kepadanya.

Saya masih sedang hadam semua perkara. Saya agak keliru kerana banyak fakta yang diberikan kepada saya dan saya sedang mengkaji.
Bagaimanapun satu perkara yang saya telah memutuskan, anda boleh memakai kasut coklat, hitam, kelabu, putih atau kasut apa sahaja

Jawapan Dr Mahathir disambut gelak ketawa barisan kepemimpinan Bersatu dan media yang membuat liputan sidang media tersebut.

Kabinet memutuskan Dr Mahathir memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari lalu berikutan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik.

Kelmarin tular satu pekeliling Kementerian Pendidikan mengenai kaji selidik pelaksanaan kasut hitam

MalaysiaGazette

Post a Comment

4 Comments

  1. Bagus netizen! Teruskan kelirukan mahathir. Nanti banyak lagi benda akan bebas.

    Anwar jer belum bebas dari kes. Dari zmn BN sampai geng sendiri memerintah. Isu sama.

    ReplyDelete
  2. TUN tetap jaga cukungnya...tokey kilang kasut sapa punya... Ca Ya Nun Alif... Yg pening@susah mak bapak dok pikiaq kale kasut... Ca Ya Nun Alif dok pikiaq x mau rugi... 😅

    ReplyDelete
  3. Nanti ada mydin bising. Kita dah order kasut warna hitam utk 10tahun akan datang. Siapa nak beli. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Tunggu bulan 11. Skali lagi PM keliru antara anwar atau dia nak jadi PM.

    ReplyDelete