Adakah teori konspirasi fluorida ada kebenarannya. Google “konspirasi fluorida” dan anda akan kagum dengan jumlah hasil carian. Anda akan menyedari sekelompok kecil orang yang terkejut dengan isu fluorida dalam air, dalam ubat gigi dan dalam semua perkara.
Fakta Sebenar Tentang Fluorida
Fluorida muncul secara semula jadi di dalam air walaupun biasanya tidak pada tahap yang cukup tinggi untuk melindungi gigi. Oleh itu, pemfluoridaan air dilakukan untuk menyesuaikan fluorida ke paras optimum, iaitu 0.7 mg untuk setiap liter air.
Sebenarnya, Fluorida adalah contoh produk harian yang diperkuatkan untuk meningkatkan kesihatan kita. Contoh lain ialahiodin yang ditambah kepada garam, asid folik yang ditambah kepada roti dan bijirin, dan Vitamin D yang ditambah pada susu.
Pertimbangkan 3 perkara ini:
- Air minuman yang difluoridakan dianggap salah satu daripada “10 pencapaian kesihatan awam” yang signifikan pada abad ke-20.
- Kanak-kanak yang minum air yang difluoridakan memiliki gigi yang lebih kuat yang menahan pereputan dengan lebih baik sepanjang hayat mereka.
- Bukti menunjukkan bahawa untuk kebanyakan bandaraya, setiap $1 yang dilaburkan dalam pemfluoridaan menjimatkan $38 dalam kos untuk merawat masalah pergigian.
Terlalu banyak fluorida boleh menyebabkan fluorosis yang kelihatan seperti perubahan warna atau bintik-bintik enamel. Hampir semua fluorosis adalah pada tahap ringan.
Kebanyakannya berlaku kerana kanak-kanak menelan ubat gigi yang memberi kesan kepada perkembangan gigi.Oleh itu, Ibu bapa, pastikan anak-anak anda tidak menelan ubat gigi.
Dengan mengambil kira kebaikan dan keburukan flourida, para pakar kesihatan awam di seluruh dunia menyokong air berfluorida dan menyokong penggunaan fluorida dalam ubat gigi.
mmagazette
0 Comments