KITA perlu ingat bahawa PRK Kimanis ini hanya berlaku kerana PH telah saman dan menang kes dengan kerajaan PH.
Ini ialah setelah PH gagal membuktikan bahawa Ahli Parlimen BN rasuah pengundi sehingga PH diperintah oleh Mahkamah untuk membayar gantirugi kepada Ahli Parlimen BN.
Selepas PH saman kerajaan PH dan PH menang kes dengan kerajaan PH, maka berlakunya PRK Kimanis hari ini.
Adil, ke ini?
Pengundi Kimanis perlu menegakkan keadilan dan memastikan BN dikekalkan.
Jangan biarkan taktik kotor PH berjaya.
----
Saya nak jelaskan sedikit tentang isu Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan GE14 parlimen Kimanis.
Akibatnya, PRK Kimanis berlaku.
Selepas PRU14, calon PH yang kalah telah memfailkan dua saman untuk membatalkan keputusan parlimen Kimanis.
Saman pertama ialah calon BN (yang selepas itu telah meninggalkan parti UMNO) merasuah pengundi.
Calon PH kalah rayuan pertama kerana tiada bukti calon BN merasuah pengundi lalu PH diarahkan oleh Mahkamah untuk membayar ganti rugi RM105,000 kepada calon BN.
Saman kedua ialah calon PH telah saman SPR di bawah kerajaan PH atas tuduhan berlakunya salah langkah oleh SPR semasa PRU14.
Rayuan kedua ini berjaya kerana Mahkamah Persekutuan di bawah kerajaan PH mendapati SPR di bawah kerajaan PH telah melakukan kesalahan yang menyebabkan calon PH kalah.
Pengerusi SPR yang dilantik kerajaan PH pun mengeluarkan kenyataan bahawa SPR di bawah kerajaan PH menerima keputusan keputusan mahkamah di bawah kerajaan PH bahawa keputusan PRU14 parlimen Kimanis dibatalkan kerana berlakunya kesilapan yang menyebabkan calon PH kalah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/634437/parlimen-kimanis-spr-akur-keputusan-mahkamah
Lagi terang bersuluh ialah apabila SPR amat berbesar hati sehingga nak rayu keputusan mereka kalah kes di Mahkamah pun mereka tak mahu!
Adakah kerajaan kalah kes tapi langsung tak mahu merayu?
Namun, calon Parlimen Kimanis yang dibatalkan kemenangannya tidak puas hati.
Dia membangkitkan isu bahawa 3 dari 5 hakim yang membuat keputusan di Mahkamah Persekutuan pernah membuat keputusan yang menyebelahi calon PH dalam kes yang sama ini.
Ini adalah janggal kerana kebiasaannya, hakim yang sama tidak boleh membuat keputusan dua kali dalam kes yang sama.
Sebab hakim yang sama tak patut dirayu untuk membatalkan keputusan yang mereka pernah buat dalam kes yang sama.
Tapi itulah Rule of Law PH.
Dengan itu, Anifah Aman memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan kerana keputusan itu didakwa telah tercemar:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/12/09/anifah-to-file-for-revision-of-kimanis-court-ruling/
Anifah juga membuat keputusan untuk saman SPR kerajaan PH kerana SPR kerajaan PH telah kalah dalam kes tersebut atas sebab salah laku SPR sendiri.
https://www.malaysiakini.com/news/502789
Sebenarnya, keputusan kes ini adalah amat berbahaya kerana ini seolah-olah membuka jalan untuk kerajaan PH merayu dan membatalkan keputusan mana-mana PRU atau PRK dengan mengeluarkan saman terhadap SPR di bawah mereka.
Sebab itu, pengundi patut menolak PH untuk menghantar mesej bahawa mereka membantah taktik paling kotor PH ini supaya ianya tidak diulangkan lagi.
Najib Razak
0 Comments