Dah Jadi Menteri Kan, Time Ni Nak Desak Kaw Kaw Bro!


Dividen kwsp dah dikeluarkan dan dikatakan antara terendah daripada sebelumnya. Apabila bursa saham menunjukkan penuranan, maka secara otomatik mereka yang menjalankan urusniaga saham mengalami risiko kerugian. Ditambah lagi dengan kerajaan baru dimana fiskal yang dikeluarkan tidak menarik minat pelabur malah lebih sibuk berkelahi sesama sendiri dan menekan perdana menteri mengundurkan diri. Ia lebih merisaukan para pelabur dari datang melabur ke malaysia walaupun slogan zero rasuah dilaungkan.

Bukan itu sahaja, malahan faktor sosial juga dilihat semakin meruncing dimana kerajaan dilihat gagal mengawal tindakan perkauman dan paling parah adalah sosio keagaaman yang dilihat semakin rumit. Pembebasan mereka yang terlibat dalam LTTE tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana, malaysia seolah merisikokan rakyat daripada gerakan pengganas.

Apakah tahun 2020 menjadi titik permulaan malaysia baru sebenar yang dilihat semakin bercelaru.

Post a Comment

0 Comments