Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Butterworth ditemui lebam di muka dan badan dan polisnya percaya dia didera ahli keluarganya sejak tahun lalu.
Polis berkata pihaknya terkejut mendapati kanak-kanak itu lebam di muka, dengan matanya bengkak, seolah-olah ditumbuk berulang kali.
Penyiasat berkata mata kanak-kanak itu sangat bengkak sehingga dia tidak dapat membuka kelopak mata.
Dipercayai barangan seperti topi keledar, batang kayu dan penyangkut baju digunakan untuk memukul kanak-kanak itu.
Polis berkata kanak-kanak itu tinggal di rumah bapa dan ibu tirinya di sebuah flat kos rendah di Butterworth dan tidak bersekolah.
Ibu tiri berusia 38 tahun dan bapanya berusia 36 tahun, ditahan dan akan didakwa esok kerana mendera kanak-kanak itu, kata Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.
Katanya, kanak-kanak itu menjalani rawatan di Hospital Seberang Jaya. Doktor menemui luka di bahagian depan kepala, bengkak di kedua-dua mata, lebam di bahagian siku kanan, bekas luka lama di lengan kanan dan lengan kiri, bengkak pada kedua-dua kaki dan parut lama di tulang selangka sebelah kiri.
Nik Ros berkata ibu bapa kanak-kanak itu mempunyai 2 anak iaitu mangsa dan adik lelakinya berusia 8 tahun.
Bapa mempunyai 7 anak lain dari isteri kedua. Anak-anaknya berusia 19, 17, 16, 14, 11, dan 8 tahun, dengan anak yang bungsu berusia setahun.
Nik Ros berkata mangsa akan dijaga Jabatan Kebajikan Masyarakat
FMT
0 Comments