Janji Bantuan Kewangan Pada Najib Untuk PRU13 Daripada Bekas Raja Arab Saudi


Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Bekas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah menjanjikan bantuan kewangan kepada Perdana Menteri, Najib Razak bagi membiayai Pilihan Raya Umum (PRU-13)

Bekas duta besar Malaysia ke Arab Saudi, Syed Omar Syed Mohammad Al Saggaf berkata beliau difahamkan perkara itu semasa mesyuarat tidak rasmi antara delegasi Najib dan Raja Abdullah pada 11 Jan 2010 di Riyadh, Arab Saudi.

Semasa membaca kenyataan saksi, saksi pembelaan itu berkata mesyuarat tidak rasmi itu berlaku sebelum lawatan rasmi Najib ke Arab Saudi beberapa hari kemudiannya pada Januari 2010.

"Selepas mesyuarat (Jan 11 2010), saya difahamkan bahawa Raja Abdullah berjanji untuk menghantar bantuan kewangan kepada Najib dalam menguruskan politik berkaitan pilihan raya akan datang (PRU-13)," kata Syed Omar ketika pemeriksaan utama oleh peguam bela, Muhammad Shafee Abdullah.

Syed Omar berkata, sebelum ini dalam mesyuarat itu, Raja Abdullah menyatakan kekaguman terhadap Malaysia kerana berjaya menguruskan negara ini dan bimbang dengan keadaan keadaan huru-hara akibat Kebangkitan Arab (Arab Spring) di Timur Tengah.

malaysiakini

Post a Comment

0 Comments