Jijik Ker Kerajaan Pintu Belakang? - Kuasa Sebenar Mahathir

Perkembangan terbaru politik sehari dua ini dianggap sebagai amat menjijikkan pada pandangan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot). Dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, Patriot berkata, sebarang usaha mengkhianti mandat rakyat dengan membentuk kerajaan melalui 'pintu belakang' tidak boleh diterima.

Presidennya, Mohamed Arshad Raji, berkata perubahan kerajaan mestilah dibuat secara demokratik iaitu dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang mereka mahukan.

"Patriot berasa jijik dengan perkembangan terbaru politikl dalam cubaan untuk membentuk kerajaan melalui pintu belakang.

"Seperti yang banyak dilaporkan Bersatu dan sebahagian ahli politik PKR cuba membentuk kerajaan baru bersama Umno dan PAS.

"Ini adalah mengejutkan terutama hanya dua hari selepas Majlis Presiden PH mengisytiharkan isu penggantikan perdana menteri sudah selesai," katanya.

Malaysiakini 

Post a Comment

0 Comments