Akaun-akaun bank UMNO dan MCA dibeku selepas PRU14 di bawah akta AMLA dengan alasan ia pernah menerima dana dari 1MDB.
Di bawah akta ini, akaun hanya dibenarkan untuk dibeku selama 90 hari.
Bagaimanapun, pembekuan dilanjutkan lagi hingga tempoh maksima setahun oleh Jabatan Peguam Negara.
Selepas tempoh satu tahun, akaun bank patut dibebaskan jika tidak ada pendakwaan jenayah di bawah AMLA yang melibatkan akaun-akaun bank tersebut.
Tetapi kerajaan PH tak puas hati.
Maka kerajaan PH memulakan saman sivil lucut hak (bukan dakwaan jenayah) ke atas akaun-akaun bank tersebut supaya mereka terus dibekukan.
Alhamdulillah!
Kerajaan PH kalah di mahkamah hari ini.
https://www.malaysiakini.com/news/509943
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tolak saman lucut hak mereka kerana tidak ada bukti wang yang melibatkan 1MDB masih ada dalam akaun-akaun bank yang kerajaan mahu lucut hak.
Pada mulanya, hakim mengarahkan untuk semua akaun bank yang terjejas supaya dibatalkan perintah pembekuan dengan serta-merta.
Tetapi kerajaan PH masih tidak puas hati.
Kerajaan PH membantah arahan hakim dan membuat permohonan secara lisan untuk menangguhkan sementara perintah itu kerana mereka mahu memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan minggu depan.
Walaupun peguam-peguam pembelaan membantah permohonan secara lisan ini, hakim kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan sementara waktu perintah menarik balik pembekuan akaun-akaun bank berkenaan sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Sebab itu, akaun-akaun bank UMNO dan MCA masih dibeku - walaupun sudah berlalu tempoh 21 bulan tanpa sebarang bukti dari kerajaan bahawa wang di dalam adalah dari sumber jenayah.
Walaupun kita sangat disukarkan begitu lama oleh langkah-langkah kerajaan PH yang tidak adil, kita masih mampu bertahan.
Malah, dengan sokongan kawan-kawan dan Rakyat, kita masih mampu melawan PH dan menang 5 PRK berturut-turut.
(Bayangkan jika dulu kita bekukan akaun DAP untuk 21 bulan masa ahli mereka sendiri membuat laporan polis bahawa parti mereka pernah menerima dana Yahudi? Sudah tentu mereka dah lama berguling-guling)
NajibRazak
0 Comments