Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kadir mengesahkan laporan kemasukan Rosmah ke hospital berkenaan ketika dihubungi.
Akberdin merupakan peguam yang mewakili Rosmah dalam perbicaraan kes rasuah yang dihadapi isteri kepada bekas perdana menteri itu.
Ya betul, Ya, tertakluk kepada nasihat doktor, tambah beliau ketika ditanya sama ada Rosmah akan menerima rawatan untuk beberapa hari lagi.
Akberdin juga mengesahkan bahawa Najib berada di sisi Rosmah di hospital semalam. Rosmah gagal hadir pada hari pertama perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dan peguam beliau menyerahkan salinan laporan kesihatan bertarikh 2 Februari.
Malaysiakini
0 Comments