Rosmah Sakit Leher Derrrr....

Perbicaraan rasuah terhadap Rosmah Mansor ditangguhkan selepas peguamnya memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa isteri bekas perdana menteri itu cuti sakit.

Peguamnya, Jagjit Singh memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bahawa Rosmah tidak sihat dan doktornya mengeluarkan sijil perakuan sakit pada 2 Feb yang menyatakan beliau tidak dapat hadir ke mahkamah.

“Dia mengalami kesakitan di leher dan artritis,” katanya menggambarkan ia “keadaan mengancam nyawa”.

Peguam itu juga mengemukakan laporan perubatan Rosmah kepada mahkamah yang mengatakan beliau dirawat di Hospital KPJ Ampang Puteri, semalam.

Jagjit juga meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan minggu ini.

Pendakwa Raya ad hoc Gopal Sri Ram bagaimanapun memberitahu mahkamah pihak pendakwa enggan menerima sijil perakuan sakit Rosmah yang dikemuka ke mahkamah, kerana surat tersebut tidak dikeluarkan oleh doktor kerajaan.

“Ini adalah percubaan terakhir untuk menjauhkan diri dari mahkamah,” katanya sambil menambah beliau juga menderita keadaan yang sama seperti Rosmah.

Sri Ram juga meminta mahkamah membatalkan jaminan dan Rosmah akan dipenjarakan supaya beliau boleh menghadiri mahkamah.

Zaini berkata beliau bersimpati dengan keadaan Rosmah tetapi berkata tarikh perbicaraan itu sangat berharga kepadanya.

Mahkamah membenarkan penangguhan perbicaraan hari ini dan Selasa tetapi pemdengaran akan bermula pada Rabu.

“Saya akan membenarkan dia duduk di atas kerusi roda dan bukannya di kandang tertuduh dan akan tangguh perbicaraan jika dia sakit,” katanya.

Tahun lalu, Rosmah didakwa meminta RM187.5 juta dari Saidi Abang Samsudin, pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak.

Projek Kementerian Pendidikan bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan terus. Beliau juga didakwa dengan 2 tuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi.

Rosmah didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

FMT

Post a Comment

0 Comments