Pembantu Kit Siang Marah Pasal KWSP, Ini Jawapan Dia...


Pembantu khas Kit Siang marah bahawa kerajaan PN memberi kelonggaran untuk mengeluarkan duit KWSP.

Dia kata ini bukan duit kerajaan tapi ini duit rakyat. yang digunakan untuk tolong rakyat sendiri.

Ok. Saya nak bongkarkan sedikit kepada dia kerana dia tak faham.

Pakej rangsangan ekonomi Covid yang dirangka anak boss dia dan diumum PM ke-7 dikatakan bernilai RM20 bilion.

Tetapi kos yang ditanggung oleh kerajaan cuma 0.2% dari KDNK iaitu RM2.8 bilion sahaja.

Bahagian paling besar dari RM20 bilion iaitu melebihi RM10 bilion ini ditanggung Rakyat sendiri apabila rejim gagalkrasi melaksanakan penurunan automatik peratus sumbangan gaji pekerja bulanan kepada KWSP dari 11% ke 7%.

Pembantu Kit Siang tak bising pulak masa itu bahawa Guan Eng suruh Rakyat guna duit rakyat sendiri untuk tolong sendiri pulak.

Yang diumumkan hari ini oleh PM8 pula ialah pengeluaran secara suka rela. Maknanya kalau tak mahu angkat keluar, tiada perlu untuk mengeluarkan.

Ini cuma satu langkah interim seperti langkah interim minggu lepas untuk membayar RM600 sebulan kepada mereka yang dipaksa bercuti tanpa gaji serta penangguhan pelbagai bayaran seperti PTPTN, pengecualian sewa PPR dan sebagainya.

Pakej rangsangan ekonomi besar PN hanya diumum pada 30 Mac nanti.

Lagipun, kerajaan PN boleh buat apa yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu untuk memulihkan dan meningkatkan simpanan usia tua pencarum KWSP - iaitu dengan memberi peluang kepada KWSP untuk menjana untung yang besar melalui projek-projek lumayan khas seperti projek Battersea, projek Kwasa Damansara serta pengambilan 49% kepentingan dalam PLUS.

Tapi apa yang Guan Eng buat pula ialah menghapuskan bayaran pampasan dari kerajaan kepada KWSP apabila dia mengurangkan tol PLUS 18% dengan menggandakan baki tempoh tol dari 18 tahun lagi ke 38 tahun lagi. 

Masa itu, Guan Eng kata pencarum KWSP tak kisah kerana Rakyat lebih suka kadar dividen tahunan KWSP mereka kurang 0.5% setahun berbanding diberi diskaun tol 18% setelah dilanjutkan konsesi 20 tahun.

Nampaknya sumbangan orang DAP dalam masa krisis Covid in ialah untuk menipu dan menghasut sahaja. 

Bab membantu langsung tiada.

Post a Comment

0 Comments