Penat Puok Mung Nih, Kumpol Pulok Doh!


Tindakan seorang individu yang dipercayai pengusaha syarikat kosmetik mengagihkan barangan keperluan harian di Jalan Dato Keramat, Tumpat menyebabkan orang ramai memenuhi kawasan itu.

Situasi itu mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlangsung dan memasuki hari ketujuh hari ini dan memaksa pihak berkuasa menyuraikan perhimpunan itu.

Ketua Polis daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan situasi itu pada 2 petang tadi dan anggotanya bergegas ke lokasi untuk menyuraikan.

Lebih 100 orang dilihat berhimpun di hadapan sebuah premis yang dipercayai ada membuat agihan barangan keperluan makanan oleh sebuah syarikat kosmetik. Anggota polis segera bertindak menyuraikan perhimpunan itu,” 

Ab Rashid berkata pihaknya sudah memanggil individu yang bertanggungjawab dan akan menjalankan siasatan lanjut.

Tambah Ab Rashid, inisiatif mana-mana individu untuk membantu golongan memerlukan dengan mengagihkan barangan asas dalam tempoh PKP ini dialukan namun perlu dibuat mengikut saluran yang betul.

“Terdapat wakil pemimpin di setiap daerah yang boleh dijadikan wakil untuk penyerahan itu sekaligus orang ramai patuh akan PKP. Pengagihan barangan boleh dibuat dengan cara yang betul.

“Ia tidak menyalahi PKP namun salah menjadikan orang ramai keluar dari rumah masing-masing semata-mata untuk mendapatkan barangan itu. Cara yang dibuat seolah-oleh memberi bantuan kepada mangsa banjir malah tidak mempedulikan wabak Covid-19 yang semakin menular,”

Post a Comment

0 Comments