Situasi sekarang sepatutnya diumumkan sebagai getir. Kita seperti berperang dengan virus yang tidak nampak dan kita dinasihatkan supaya tidak berada dekat antara satu sama lain walau macam mana sekalipun. Sampai bila, sehinggalah rangkaian covid19 putus.
Jika dilihat situasi getir covid19, sepatutnya ia diambil alih oleh pihak tentera, dengan menggunakan segala kepakaran aturcara gerak dalam memastikan kawalan pergerakan berjalan lancar dan kita dapat menyekat serangan virus.
Teksi, daripada dulu sukar menerima pembaharuan teknologi. Itu realiti kebanyakkan mereka. Sepatutnya syarikat teksi itu sendiri boleh bekerjasama samada dengan foodpanda ataupun grabfood dalam membantu pemandu teksi mengubah menjadi penghantar barangan dan tidak tertakluk kepada makanan semata-mata. Jika hanya mengharapkan pemandu teksi itu sendiri berubah dan mencari sendiri inisiatif. Memang tidak akan ada anjakan paradigm, kerana pemikiran mereka hanya mahu memandu. Melainkan mereka dipimpin oleh syarikat mereka sendiri untuk melakukan perubahan bersama-sama.
MalaysiaGazette | ”Tujuh jam beratur dan menunggu, dapat pun satu kupon sahaja,” demikian luahan Presiden Persatuan Pemandu Teksi KL Sentral, Badrul Hisham Mohd Nor.
Disebabkan itu, katanya, antara 300 hingga 400 pemandu teksi yang berpangkalan di situ ‘terduduk’ kerana pendapatan harian mereka terjejas teruk.
“Kalau tujuh jam menunggu dapat satu kupon sahaja, anda bayangkanlah bagaimana dengan pendapatan kami. Memang sangat teruk.
“Kalau sebelum Covid-19 pendapatan kami terjejas 40% dengan adanya pemandu e-hailing tetapi kini terjejas hampir 100%,” tambah beliau kepada MalaysiaGazette.
Badrul berkata, dengan satu kupon itu pemandu teksi hanya memperoleh antara RM9 hingga RM13 sahaja.
Ini kerana, penumpang yang menaiki teksi pun dalam kalangan pekerja dan perjalanan mereka bukannya jauh sangat.
Walaupun bayaran yang diperoleh sangat sedikit namun pemandu-pemandu teksi tiada pilihan kerana terpaksa juga keluar bekerja.
Kebanyakan pemandu teksi berharap bayaran yang diperoleh sekurang-kurangnya dapat membantu mereka menanggung kos penyelenggaraan teksi.
Badrul turut mengadu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu juga menyebabkan pemandu-pemandu lain yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur turut ‘mencuba nasib’ di KL Sentral.
“Saya difahamkan di sekitar Lembah Kelang memang sudah tidak ada penumpang, jadi mereka juga menunggu di KL Sentral kerana pemandu teksi ini tiada tempat untuk menunggu.
“Malah, mereka mendakwa polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan mereka menunggu di stesen-stesen teksi,” ujarnya.
Dalam pada itu, Badrul berkata, pemandu-pemandu teksi bersyukur engan adanya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, nasib mereka terbela.
“Alhamdulillah, walaupun keadaan sukar sekarang, setidak-tidaknya kami tidak dipinggirkan,” katanya.
0 Comments