Macam Mana Pulak Bagi Yang Pangkat Tinggi? Kena Sekali Tak?

Pejawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib, termasuk dibuang kerja jika tidak kembali ke pejabat selepas Aidilfitri, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Menurut beliau, alasan terperangkap di kampung, gara-gara melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak boleh diterima sama sekali.

"Sekiranya pegawai tidak boleh hadir bertugas, sama ada di pejabat atau bekerja di rumah, dia dianggap tidak hadir bertugas dan ada diperuntukkan hukuman tertentu dalam Perintah Am Bab D (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993).

"Dalam Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Mac, pegawai mesti bekerja di pejabat atau dibenarkan bekerja di rumah mengikut arahan ketua jabatan.

"Pegawai bekerja di rumah boleh diarahkan untuk hadir di pejabat pada bila-bila masa namun jika tidak hadir tanpa mengemukakan surat cuti, boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh jabatan masing-masing," katanya yang dipetik oleh Berita Harian Online, hari ini.

Mohd Khairul Adib berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang tidak dapat kembali bekerja kerana melanggar PKPB untuk pulang berhari raya di kampung.

Tegasnya, tindakan penjawat awam melanggar PKPB itu sendiri adalah menjadi kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342 ) dan mereka juga boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

"Kesalahan di bawah Akta 342 adalah kesalahan jenayah. Ada peruntukan di bawah Perintah Am yang memperuntukkan hukuman tertentu bergantung kepada dapatan dan hukuman mahkamah," katanya.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman tatatertib seperti amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata masih ramai ang merentas negeri dan berada di kampung masing-masing untuk meraikan Aidilfitri tanpa mematuhi PKPB.

Katanya, ini terbukti dengan 14 kompaun dikeluarkan kepada mereka yang ketika itu berada di kampung masing-masing.

Sambil mengingatkan semua pihak agar memandang serius pelaksanaan PKPB itu, Ismail Sabri berkata setakat ini, kerajaan masih kekal dengan keputusan tidak membenarkan rakyat untuk merentas negeri

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments