Dia bermula dengan situasi ayam. Nampaknya impian rakyat yang mahukan kerajaan tegas terhadap peniaga atau pemborong atau pengilang masih tidak kesampaian. Jawapan mudah bagi menteri, pergi cari kedai yang jual murah. Harapan rakyat pula mengharapkan pihak kerajaan menyediakan ruang bagi rakyat menyampaikan maklumat cepat dan tindakan drastik kepada peniaga yang sewenangnya menaikkan harga barang.
Dalam zaman teknologi canggih, kerajaan boleh mewujudkan satu aplikasi dimana semua peniaga ayam serta pemborong diwajibkan mendaftar. Manakala setiap hari akan dibuat semakan harga di setiap pasar yang terlibat dan paparan harga terkini secara instant dapat diakses oleh semua rakyat. Jadi, rakyat dapat mengetahui dimana kedai harga ayam murah.
Harga ayam naik, boikot ayam
Harga ikan naik, boikot ikan
Harga sayur naik, boikot sayur
Harga daging naik, boikot daging
Kalau semua tu naik serentak
Buat laporan, nanti menteri bagitahu "ada kedai jual murah, belilah disana". Maka rakyat pun rasa sedikit tenang.
Usah boikot peniaga ayam
HarianMetro | Pilih kedai atau pasar yang tawarkan harga murah. Itu nasihat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid yang melihat tidak ada kewajaran memboikot pembelian ayam memandangkan ia bukan kesalahan semua peniaga.
Sebaliknya, Rosol berkata, pengguna ada pilihan untuk membeli ayam pada harga yang murah dan sesuai dengan bajet mereka, termasuk di pasar raya.
Katanya, anggapan bahawa ayam di pasar lebih segar dan murah berbanding pasar raya adalah salah dan perlu diperbetulkan.
"Saya baru balik dari Perlis semalam dan mendapati ayam dijual di pasar berbeza dengan pasar raya.
"Harga di pasar raya juga murah, tidak sampai RM9 sekilogram dan ayamnya pun segar," katanya kepada Harian Metro.
Rosol berkata, pegawai dan anggota penguat kuasa kementeriannya membuat pemantauan di seluruh negara bagi memastikan tiada peniaga mengaut untung dengan menaikkan harga sesuka hati.
"Nasihat saya, pengguna pilihlah di mana mereka boleh dapatkan bekalan murah. Memang ada, saya sendiri sudah periksa," katanya.
Beliau mengulas gesaan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang mencadangkan kempen memboikot pembelian ayam bagi memberi pengajaran kepada industri susulan kenaikan harga mendadak bekalan itu.
Terdahulu Harian Metro melaporkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) tidak menolak kemungkinan kempen boikot perlu diadakan sebagai salah satu jalan penyelesaian kepada isu kenaikan harga ayam yang diperkatakan sejak kebelakangan ini.
0 Comments