AMK Kecut Nak Hadap PRU15 Ke?

Naib Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman menyifatkan tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya umum dengan segera, sebaliknya Putrajaya harus dikembalikan kepada Pakatan Harapan (PH) "melalui saluran yang betul".

Jelasnya, untuk mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh ini adalah satu pembaziran ketika negara dalam proses pemulihan daripada wabak Covid-19. Mandat PH mesti dikembalikan dan pakatan itu perlu menerajui negara sehingga habis penggal. PH perlu kembali mengemudi negara sehingga selesai tempoh mandat yang sebenarnya.

Menurutnya lagi, keputusan PH untuk tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Chini adalah satu keputusan yang tepat.

Jumlah angka majoriti MP

Ia sekali gus memberi isyarat jelas bahawa fokus harus diberikan kepada usaha pemulihan Covid-19 dan bukannya pilihan raya kecil.

Syed Badli Shah memberitahu "saluran yang betul" yang disebutnya bermaksud PH perlu mengemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa mereka mempunyai sokongan mencukupi untuk menuntut kembali pentadbiran Putrajaya.

Post a Comment

0 Comments