MP Minta Mufti Johor Tegur Kariah Surau Kampung Plentong Baru ?



Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dalam kenyataan mengenai sepanduk di surau Kampung Plentong Baru berkata amat dikesali sekiranya ia dipasang oleh jawatankuasa surau itu.

Beliau meminta mufti Johor menegur dan mendidik semua ahli jawatankuasa surau itu. Tanggungjawab seorang Muslim kepada seseorang manusia lain ialah memberi perlindungan ke atas manusia lain yang mengalami penindasan seperti rakyat Rohingya yang ditindas oleh kerajaan Myanmar

Sebelum itu, tular di media sosial sepanduk mengusir Rohingya itu, yang tertera “Kami tak perlukan anda di sini”.

Hassan memberitahu, ketua kampung itu berkata jawatankuasa surau tidak memasang sepanduk itu. Hassan telah nasihatkan kepada ketua kampung tersebut supaya minta jawatankuasa surau turunkan sepanduk berkenaan.

Post a Comment

0 Comments