Ganti Speaker Atau Bubar Parlimen Yang Berlaku?


Persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirai hari ini bakal tertumpu kepada usul mengosongkan jawatan Yang Dipertua dewan dan timbalannya yang dijangka menghangatkan suasana hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14.

Usul itu adalah untuk Yang Dipertua dewan, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya, Nga Kor Ming mengosongkan jawatan mereka.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membentangkan usul bagi memilih bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Yang Dipertua mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Jika gagal, bermakna kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah tidak lagi memiliki legitimasi dan majoriti untuk meneruskan hayat pentadbiran yang ada. Maka kerajaan tiada pilihan lain melainkan mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

Menurut persidangan Dewan Rakyat sebelumnya, Muhyiddin mendapat sokongan 113 daripada 222 anggota Dewan Rakyat.

Sejak itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh telah keluar dari kerajaan dan kemungkinan akan berpihak kepada pembangkang.

Namun, Ahli Parlimen Lubuk Antu, Jugah Muyang, yang keluar dari PKR untuk menjadi bebas yang mesra PN.

Pakatan Harapan mempunyai 91 Ahli Parlimen sementara blok ketiga yang terdiri daripada kumpulan Dr Mahathir Mohamad, Warisan dan PSB mempunyai 18 Ahli Parlimen.

Kedua-dua blok menentang untuk menukar speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat.

Post a Comment

0 Comments