Keyakinan Melangit Anwar Ibrahim

Tidak salah untuk berangan menjadi perdana menteri dan mungkin ia boleh menjadi kenyataan sekiranya tuhan membuka pintu hati rakyat malaysia. Tidak dinafikan rakyat malaysia secara majoriti agak senang dengan cara pentadbiran PN. Malah isu perkauman dilihat dilenyapkan dan tiada yang berani bersuara. Mungkin mereka tahu cara umno untuk menangani isu perkauman ini, maka mereka memilih berdiam diri daripada melingkup dalam penjara. 

Ekonomi getir, bukan setakat malaysia berdepan situasi tegang dalam pengurusan ekonomi, malahan semua negara berdepan isu yang sama. Bezanya, rakyat mahu menilai sejauh mana kebijaksanaan kerajaan dalam memastikan ekonomi negara tidak terjejas terlalu teruk. 

Selama 2 tahun dibawah pentadbiran PH, boleh dikatakan majoriti melayu tidak suka dengan cara pentadbiran PH. Malah, segala tohmaham rasuah yang dilaungkan selama ini tidak mampu di selesaikan dalam tempoh 2 tahun. Tetapi mereka mencipta pelbagai alasan, berbeza dengan apa yang dilaungkan semasa ceramah untuk menangkap semua MP umno yang terlibat rasuah. 

Mungkin anwar lupa, egois pemimpin DAP telah banyak memberi tamparan kepada pengundi melayu yang menjadi majoriti utama dalam penentuan pembentukan pentadbiran malaysia. 

Tetapi, masa masih panjang dan sekiranya PN terus mengheret situasi sehingga kerajaan terpaksa berdepan situasi ekonomi yang teruk. Tidak mustahil PN akan tumbang pada PRU15. 

Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Harapan (PH) akan terus mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Anwar berkata, tadbir urus Perikatan Nasional (PN) yang lemah dan pendirian terkini PAS mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, juga dikenali sebagai Akta 355, akan menjadi penyebab utama kemenangan itu.

Anwar juga berkata, senario terbaik adalah pihak pembangkang memenangi pilihan raya, manakala senario terburuk adalah kebuntuan yang menyaksikan tidak ada satu pun parti mendapati majoriti yang jelas.

Pemerhati politik percaya bahawa gandingan Umno dan PAS di bawah Muafakat Nasional akan memberi mereka kelebihan kerana jumlah undi yang diperolehi kedua-dua parti itu melebihi jumlah sokongan yang dimenangi oleh PH pada pilihan raya 2018.

Anwar turut memberi respon gandingan Umno dan PAS di bawah Muafakat Nasional akan memberi mereka kelebihan kerana jumlah undi yang diperolehi kedua-dua parti itu melebihi jumlah sokongan yang dimenangi oleh PH pada pilihan raya 2018. Anwar menyatakan ia hanyalah kiraan hipotesis mengenai gabungan undi yang diperoleh oleh kedua-dua parti itu. Tetapi, pilihan raya umum bukan hanya diadakan di Kuala Lumpur atau Kelantan, tetapi di seluruh negara.

Anwar turut menyatakan, jangan lupa bahawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana mahu melaksanakan Akta 355. Tetapi setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan (PN), menteri-menteri PAS mirip seperti rakan sejawatan mereka dari Umno dan MCA yang mengatakan mereka mesti mengkaji sama ada pindaan itu adalah sah mengikut perlembagaan atau sebaliknya.

Macam mana PAS mahu menerangkan ini kepada para penyokongnya, sedangkan parti itu memperjuangkannya selama 40 tahun tetapi hari ini mereka berlembut? Bagaimana PAS boleh membenarkan hal ini terjadi?

Mengenai PN, Anwar berkata, perikatan itu dalam keadaan "celaru" dengan dasar “flip-flop” yang memeningkan pelabur. Anwar, yang tidak menolak kemungkinan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada akhir tahun ini dan PH harus bersiap sedia dan memulakan proses perundingan kerusi.


Post a Comment

0 Comments