Malaysia dijangka akan berdepan "Netizen Berdarah Amarah" selepas tamatnya moratorium selama enam bulan yang diberikan kepada peminjam kerana pandemik wabak Covid-19.
Lebih malang lagi jika ramai akan berdepan kehilangan pekerjaan Oktober nanti. Kami ingin menyentuh satu perkara saja di dalam kemelut Covid-19 ini yang melibatkan rakyat jelata bila tiba 'Netizen Berdarah Amarah' ini nanti, dimana ia menjadi kebimbangan ramai apabila dijangka kadar pengganguran yang pasti akan meningkat mendadak.
Ia adalah di sebabkan oleh dua perkara utama.
1. Tamatnya moratorium enam bulan bermula 1 April 2020 yang di beri oleh bank-bank ke atas pembayaran balik pinjaman persendirian dan syarikat-syarikat.
2. Bantuan subsidi gaji kepada majikan juga akan berakhir pada masa yang sama.
Walaupun perolehan pendapatan syarikat beransur pulih tetapi ia masih tidak sepenuhnya dan dijangka pemberhentian pekerja akan sehingga mencecah dua juta.
Sebelum ini, Najib Razak meminta bank melakukan pengorbanan dengan melanjutkan tempoh moratorium bagi peminjam. Najib berkata keputusan itu akan memberikan manfaat kepada bank dalam jangka panjang.
Jadi, inilah masa bank-bank perlu berkorban supaya pelanggan-pelanggan mereka tidak terjejas dan masih mampu untuk mengembalikan keuntungan berbilion-bilion kepada bank pada masa depan apabila krisis Covid berakhir.
Bank Negara dan bank lain bagaimanapun menyatakan bahawa tempoh moratorium berkenaan tidak akan dilanjutkan.
Oleh itu, kerajaan perlu memikirkan langkah tambahan segera untuk meringankan impak kepada rakyat terutamanya kumpulan berpendapatan rendah B40
Untuk menggalakkan syarikat-syarikat menambah peluang pekerjaan dalam tempoh enam bulan bermula Oktober nanti. Kerajaan mungkin boleh memberi insentif 'double tax relief' terhadap gaji yang dibayar kepada pekerja-pekerja baru tersebut.
Kami juga berpandangan bantuan subsidi upah perlu dilanjutkan tiga bulan lagi, dengan cara ini dapat mengurangkan beban majikan dan secara tak langsung dapat mengurangkan pemberhentian pekerja.
0 Comments