17 Daripada 20 Perkara Yang Ditipu Warisan Sabah - Perjanjian MA63


Warisan dan Shafie Apdal membuat video licik penuh emosi dan drama untuk claim bahawa mereka telah berjaya mencapai 17 daripada 20 perkara Perjanjian Malaysia MA63 dalam tempoh 2 tahun sahaja.

Ini penipuan jelas.

17 perkara yang diclaim Warisan itu BUKANLAH 20 perkara dalam perjanjian (20 points agreement) MA63.

Malah 17 perkara yang disenaraikan Warisan itu memang sudah lama diberi kepada Sabah atau memang dah lama dalam bidang kuasa kerajaan Sabah.

Mari kita bandingkan apa yang disenaraikan Warisan dengan apa yang sebenarnya dijanji dalam perjanjian MA63.

17 PERKARA YANG DICLAIM WARISAN:
(i) Tuntutan Duti Eksport Balak Dan Hasil Hutan Di Negeri Sabah;
(ii) Pengedaran Gas Dan Kuasa Kawal Selia Elektrik Dan Gas Di Negeri Sarawak Dan Sabah;
(iii) Pelaksanaan Kerja Raya Persekutuan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;
(iv) Tenaga Buruh Di Negeri Sarawak Dan Sabah;
(v) Kuasa Negeri Ke Atas Isu Kesihatan Di Negeri Sarawak Dan Sabah;
(vi) Pentadbiran Pulau Sipadan Dan Ligitan Di Negeri Sabah;
(vii) Isu Pertanian Dan Perhutanan;
(viii) Obligasi Kewangan Persekutuan Di Bawah Senarai Bersama;
(ix) Semakan Semula Pemberian Khas;
(x) Penangkapan Ikan, Perikanan Laut dan Muara;
(xi) Tanah Diberi Hakmilik Kepada Persekutuan di Negeri;
(xii) Kuasa Baki Perundangan Mengenai Alam Sekitar dan Pelancongan;
(xiii) Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan (Pertambahan Perjawatan);
(xiv) Penurunan Kuasa Kepada Mahkamah Sabah dan Sarawak;
(xv) Bidang kuasa Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Autonomi Pentadbiran Mahkamah Sabah dan Sarawak, dan Pengalaman Kehakiman Borneo di Mahkamah Rayuan Bagi Mendengar Kes Difailkan di Borneo;
(xvi) Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman; dan
(xvii) Duti Setem Yang Dikenakan Ke Atas Instrumen Pemindahan, Caj, Menyewakan Tanah Di Bawah Ordinan Tanah Sarawak Dan Sabah..

PERJANJIAN 20 PERKARA MA63 SEBENAR 

Perkara 1: Agama
Tiada bantahan agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi tiada agama rasmi di Sabah.

Perkara 2: Bahasa
Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Namun  Bahasa Inggeris boleh digunakan semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

Perkara 3: Perlembagaan
Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

Perkara 4: Ketua Persekutuan
Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan (YDP Agong).

Perkara 5: Nama Persekutuan
"Malaysia" bukan "Melayu Raya".

Perkara 6: Imigresen
Kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Perkara 7: Hak Menarik Diri
Tiada hak menarik diri dari Malaysia.

Perkara 8: Borneonisasi
Sabah dan Sarawak ada hak melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam.

Perkara 9: Pegawai-pegawai British
Pegawai-pegawai Birtish digalakkan untuk teruskan perkhidmatan dalam pentadbiran sehingga mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

Perkara 10: Kewarganegaraan
Warga Sabah juga adalah warga Malaysia.

Perkara 11: Cukai dan kewangan
Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.

Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara
Bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya

Perkara 13: Kerajaan Negeri
Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.

Perkara 14: Jangkamasa Peralihan
Sabah dan Sarawak diberi tempoh 7 tahun untuk menyesuaikan kuasa perundangan dengan kerajaan Persekutuan.

Perkara 15: Pelajaran
Sabah dan Sarawak boleh kawal sistem pelajaran sendiri.

Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan
Tiada pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang memberi kesan kepada Borneo Utara boleh dibuat tanpa persetujuan kerajaan Sabah dan Sarawak.

Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan
Jumlah Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak juga perlu mengambil kira keluasan negeri dan jumlah penduduk sahaja. 

Perkara 18: Nama Ketua Negeri
Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Perkara 19: Nama Negeri
Sabah.

Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain
Majlis Tanah Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo Utara. 

Terang-terang satu lagi propaganda pembohongan dari PH-Warisan yang dah lama terbukti pembuyuk!

Post a Comment

1 Comments

  1. kepada rakyat sabah selamat mengundi, jadikan pru14 sebagai indicator, diberi mandat tapi dipersia dan diroboh olih tangan sendiri, terpaksa mandat baru diberi atas bijaksana agong, ekonomi bertambah baik dibanding kerajaan dahulu, undilah dengan bijaksana, selamat mengundi

    ReplyDelete