Adik TYT Sabah Bertanding PRN Sabah.. Calon Warisan?

Selepas PRU14, BN menang Sabah.

Musa Aman angkat sumpah di depan Tuan Yang Terutama (TYT) jadi Ketua Menteri di Istana Sabah.

Lalu, beberapa ADUN BN jadi katak untuk lompat ke Warisan.

Shafie Apdal diberi peluang mengadap TYT untuk membukti sokongan majoriti.

Tanpa mengikut perlembagaan, TYT pun gugurkan Musa Aman sebagai Ketua Menteri dan melantik Shafie jadi Ketua Menteri.

Beberapa bulan kemudian, Shafie pinda perlembagaan Sabah untuk membatalkan had tempoh 2 penggal TYT seminggu sebelum TYT perlu berhenti.

Dua tahun kemudian, beberapa ADUN Warisan Plus lompat.

TYT tidak memberi peluang kepada Musa Aman untuk membukti sokongan majoriti pula dan melantik dia jadi Ketua Menteri.

Malah, Musa Aman bersama ADUN-ADUN dihalang polis untuk masuk Istana Sabah. 

TYT tidak menggugurkan jawatan Ketua Menteri Shafie dan terus benarkan Shafie bubarkan DUN untuk Pilihanraya Negeri.

Lalu, adik TYT dicalonkan oleh warisan bertanding DUN N52 Sungai Sibuga kawasan Musa Aman untuk PRN.

Akhirnya, PH Plus tuduh kita main politik kotor,, gelar kita katak?

Sekian... NajibRazak

Post a Comment

0 Comments