Keputusan menggugurkan bekas ketua menteri Musa Aman daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya negeri itu bakal mengundang padah kepada gabungan itu, kata penganalisis.
Tony Paridi Bagang dari TiTM Sabah berkata, BN akan menyesali langkahnya untuk menggugurkan tokoh besar politik seperti Musa, terutama sekali selepas beliau mengumumkan niatnya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila dalam Parlimen Libaran.
“Musa mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Justeru langkah menggugurkannya daripada senarai calon akan menyebabkan penyokong beliau mengundi menentang BN, Namun begitu, kita juga mahu tahu kenapa Musa tidak tersenarai. Ia hanya menimbulkan spekulasi dan mewujudkan persepsi negatif.”
Dalam pada itu, Romzi Ationg dari Universiti Malaysia Sabah juga bersetuju bahawa sekiranya Musa digugurkan, maka ia akan menyebabkan BN kehilangan sokongan, terutamanya undi.
“Ramai penyokong tegar Musa akan membantah (penggugurannya),”
[LIVE: PENGUMUMAN CALON PERIKATAN NASIONAL, PRN SABAH]
[LIVE: PENGUMUMAN CALON WARISAN, PRN SABAH]
0 Comments