Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam majlis menghadap pagi tadi telah mengemukakan jumlah ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada dirinya.
Walaubagaimanapun, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, presiden PKR itu tidak mengemukakan senarai nama mereka.
Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ahmad Fadil.
Anwar pada sidang media sebentar tadi, berkata dia telah mempersembahkan dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli parlimen buatnya kepada Seri Paduka dalam pertemuan pagi tadi.
Namun, katanya memandangkan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti-parti politik, maka “munasabah untuk kita bersabar, memberi ruang dan wewenang untuk baginda memutuskan.”
Menurutnya, tidak wajar ditetapkan masa untuk Seri Paduka membuat keputusan.
3 Comments
Guna kes Perak sbg contoh. Berapa lama masa diambil utk kerajaan baru ambil alih? Itu pun Sultan ikut undang2? Precedent pun ada. Kenapa takut sangat kpd anwar? Hanya orang KORUP saja takut kpd pihak yg ikhlas lawan korupsi.
ReplyDeletedia bakal p.m.!
Deletekerajaan sekarang adalah kerajaan lantikan agong( kerajaan sah dari segi undang2) kerana ketika itu sudah tiada kerajaan( kerajaan ketika itu roboh atas perbuatan tangan sendiri) untuk mentadbir negara, tapi anuar memang dari dulu( harap masih ingat) hingga sekarang memang suka menubuhkan kerajaan pintu belakang tak taulah apa sebabnya.
Deleteanuar memang tak suka mengikut yang normal seperti mengikut procedure atau sop parlimen, dia cuba bypass parlimen dan dia ingat agong tak faham sop