Prayut Chan-o-cha

Kerajaan Thailand mengumumkan perintah darurat dan mengharamkan perhimpunan membabitkan lebih daripada empat orang.

Selain itu, ia tidak membenarkan hantaran (posting) dalam talian yang dianggap menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Ia bagi mengekang usaha kumpulan prodemokrasi yang mengadakan tunjuk perasaan aman bagi mendesak perdana menteri meletak jawatan.

Aktivis pelajar menganjurkan tunjuk perasaan besar-besaran sejak Julai.

Ia bagi mendesak Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha yang juga bekas jeneral tentera yang merampas kuasa enam tahun lalu, supaya meletak jawatan.

Jurucakap kerajaan berkata, mengikut perintah darurat itu, pihak berkuasa boleh merampas sebarang peralatan komunikasi elektronik dan senjata yang boleh menimbulkan huru-hara.

Dalam laporan lain AFP melaporkan lebih 20 orang ditahan termasuk pemimpin kumpulan prodemokrasi ditahan susulan penguatkuasaan perintah darurat berkenaan.

Mereka ditahan susulan perhimpunan membabitkan ribuan orang di sini, termasuk di laluan yang dilalui oleh konvoi kenderaan diraja.

Ketika konvoi itu melalui jalan berkenaan, kebanyakan peserta menunjukkan tabik tiga jari sebagai simbolik mendesak perubahan demokrasi.

Tabik gaya itu mengambil contoh daripada kisah dalam filem popular Hollywood, Hunger Games.

Selain itu, peserta perhimpunan mahukan perubahan dalam sistem monarki negara itu, yang menjadi topik yang tabu untuk masyarakat Thailand.

Raja Thailand adalah individu paling berkuasa di negara itu dengan sokongan tentera dan golongan billionaire.

Beliau yang banyak menghabiskan masanya di luar negara tetapi kembali ke Bangkok sejak beberapa hari lalu bagi menyertai upacara keagamaan Buddha.

Post a Comment

4 Comments

  1. Moga kuasa rakyat berjaya menumpaskan dominasi kuasa elit di mana saja.

    ReplyDelete
  2. Atuk orang tua terkutuk bermati2an cuba menghalang DSAI drp menjadi PM. Agaknya jika DSAI akhirnya berjaya menjadi PM, dia terus akan collapse dan mati serta merta. Sedangkan semua calon yg Atuk angkat jadi PM gagal atau membawa kerosakan kpd negara. Bukankah itu bermakna DSAI yang bukan calon PM pilihan Atuk akan berjaya membawa kejayaan gemilang kpd negara jika akhirnya dinobatkan sbg PM

    ReplyDelete
  3. sekarang dunia sedang kalam kabut masalah covid belum reda dan ekonomi pula jatuh mungkin dua tiga tahun baru pulih, sekarang ahli2 politik kita pula berkelahi nak rebut kuasa, rakyat yang memilih mereka, sekarang rakyat pula menanggung kesusahan angkara mereka, ada sesiapa setuju agong bersama tentera dan polis ambil alih pemerentahan sehingga ekonomi dan covid dapat ditangani, ini satu cadangan , yang agong pilih untuk mengatasi masalah ekonomi dan covid pun mereka tak sama2 tak menyumbang melainkan menembah terukkan keadaan.

    ReplyDelete
  4. NOTA: PEMBETULAN AYAT

    'yang agong pilih kerajaan untuk mengatasi masalah negara, ekonomi dan covid pun mereka ahli2 pembangkang sama2 tak menyumbang melainkan menambah terukkan keadaan, macam malaysia ini hak mereka ikut nafsu mereka'.

    ReplyDelete