Menteri, Kalau Tak Faham Situasi Kewangan..Baik Diam... Cakap Guna Otak, Bukan Lutut



Contoh mudah untuk kita faham.

4 orang terkandas di sebuah pulau. Setiap orang ada pisang, epal, oren dan jambu. Dan semuanya ada nilai yang sama. 

1 epal = 1 pisang = 1 oren = 1 jambu. 

Maka mereka boleh saling bertukar barang secara barter. Tetiba jumpa satu kebun epal besar di tengah-tengah pulau. Kuantiti buah epal yang sangat banyak tu akan turunkan nila epal berbanding buah lain.
10 epal mungkin kini sama nilai dengan 1 pisang je.

Sama juga dengan duit. Bila ada lebihan, nilainya akan jatuh. Harga barang pula melonjak.

Tahun 2008, kerajaan Zimbabwe membuat keputusan untuk mencetak wang yang banyak dan beri kepada rakyat (Helicopter Money) untuk menambah keupayaan membeli dan memulihkan ekonomi mereka.

Hasilnya, HYPERINFLATION!

Ekonomi mereka jatuh menjunam. Matawang Zimbabwe Dollar (ZD) merudum. Harga barangan melonjak tinggi. Rakyat sengsara. 

Sampai ke tahap harga barang naik 2 kali ganda setiap 24 jam. Hari ni roti Gardenia RM2.40, esok jadi RM4.80, lusa pula jadi RM9.60 dan seterusnya.

Sampai oang Zimbabwe kene bawak kereta sorong penuh duit untuk beli roti (kisah benar). Kadar inflasi Zimbabwe meningkat kepada 6.5 sextilion peratus pada Novenmber 2008.
 
Tak pernah dengar istilah sextilion kan? Ia bersamaan 6,500,000,000,000,000,000,000%

Dari 1 ZD = USD1.25, harini Zimbabwe Dollar dah pupus. Mereka kini hanya guna USD dan Pound Sterling untuk kegiatan ekonomi.

Perkara yang sama pernah terjadi kepada Jerman (1923) dan Hungary (1946).

Kaedah luar biasa ni mungkin sesuai di USA kerana matawang mereka digunakan untuk perdagangan antarabangsa. Tapi tidak di Malaysia, dengan kadar Ringgit yang sedia ada sudah lemah berbanding matawang asing, kaedah ini hanya akan melemahkan lagi Ringgit dan memporak perandakan ekonomi negara.

Kesimpulannya, jika cadangan Wan Fayhsal yang maha-genius diguna pakai;
Nilai RM 🔻 
Inflasi 🔺️
Harga Barang 🔺️
Ekonomi 🔻
Makcik Kiah 😭

Ni la level Ketua Armada Malaysia, Timbalan Menteri dari parti PPBM. Bak kata orang Jawa, "Use your brain, not your lutut".

Post a Comment

1 Comments

  1. Tapi bagi melayu biasa ok je. Asalkan melayu islam semua ok. Tunggu ekonomi jahanam, melayu juga yg menggelupur......

    ReplyDelete