Pendakwaan Terpilih Boleh Jatuhkan Kerajaan

Seorang pemimpim veteran Umno meminta kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin tidak mengamalkan sikap pendakwaan dan penyiasatan terpilih seperti yang berlaku di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) berkata, jika pihak berkuasa tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam melakukan siasatan maka tidak mustahil kerajaan PN yang ada hari ini akan dihukum pada pilihan raya umum ke-15.

“Inilah perkara yang saya mahu bangkitkan, iaitu apa yang kita janji mesti dikotakan. Rakyat hari ini bukan rakyat yang bodoh, rakyat cerdik. Apa yang kita perlu lakukan, mesti dilakukan. Jangan kita kata dulu zaman PH begitu. Itu salah bagi saya. Kalau salah tetap salah.

“Saya minta kepada pihak peguam negara, SPRM, polis jangan ada pendakwaan terpilih dan penyiasatan terpilih, kalau tidak rakyat akan hukum kita dalam PRU15 nanti,” katanya ketika menjawab pertayaan Shamsul Iskandar Mohd Akib (PH- Hangtuah Jaya) yang bangun mencelah meminta pandangan beliau berhubung isu seorang menteri kanan yang terkait dengan video tular yang kini “ditutup penyiasatannya”.

Ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri meminta kerajaan PN tidak mengulangi apa yang dilakukan oleh kerajaan PH, termasuk penyiasatan dan pendakwaan terpilih serta menarik balik pendakwaan yang berjalan di mahkamah.

“Waktu penubuhan kerajaan PN saya mengalu-alukan kenyataan perdana menteri bahawa pelantikan yang dibuat mestilah berasaskan “acid test” kebersihan, iaitu tiada kes melibatkan mereka yang dipilih sebagai menteri dan juga timbalan menteri.

“Kita alu-alukan kenyataan perdana menteri kerana kita melihat kerajaan yang terbentuk hari ini membuat lembaran baru untuk menjadikan negara Malaysia bersih.

“Saya harap apa yang dikatakan akan dikotakan. Ia bukan sahaja mesti dilakukan, tetapi dilihat dilakukan.

“Cuma hari ini saya bertanya SPRM dan peguam negara sama ada pendakwaan yang dilakukan sekarang benar-benar merupakan pendakwaan yang bersih daripada niat tidak baik yang mungkin ada dan wujud sewaktu PH menjadi kerajaan.

“Kiita lihat zaman PH apabila rakyat memilih kerajaan baru, rakyat benar-benar berharap PH akan menunaikakan janji manifesto, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Kita lihat ada pendakwaan yang bersifat dendam dan juga kadang-kadang kes berjalan setengah jalan kemudian ditarik balik.

“Ini tindakan yang cukup tidak baik kerana telah dijanjikan dalam manifesto tetai tidak dilakukan,” katanya, tanpa merujuk kepada mana-mana individu atau insiden khusus.

Post a Comment

3 Comments

  1. Masa dia jadi ketua kerajaan, dia minta rakyat ikat perut dan menyatakan kerajaan dia tak boleh terus bantu org miskin.
    Kami tak kesah pon...

    Yg jadi bangsat pukimak ialah anak2, proksi dan kroni2 dia yg dah kaya raya masih di daddykasikan dan setia dibantu sehingga terus kaya.

    Sah bangsat lah!!!
    Semoga terkubur sblm dan slps pru15 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanyalah kpd khairuddin..... Hi hi hi

      Delete
  2. Sejak bila tidak ada pendakwaan dan penyiasatan terpilih di malaysia???

    ReplyDelete