Agak menarik membaca tohmahan percaturan politik daripada blogger bumiyang, yang bagi aku lebih menjurus kepada kehebatan mahathir.
Korang boleh baca kat bawah ni. Tulisan daripada blog : bumiyang
Jika pendapat ini benar, di antara faedah yang Tun M perolehi daripada penubuhan kerajaan baru Perikatan Nasional adalah seperti berikut;
1) Anwar tak jadi PM. Tak perlu ulasan.
"Anwar lupa siapa Mahathir tetapi Mahathir x pernah lupa siapa Anwar".
2) DAP kena sepak keluar Kerajaan. Kehadiran mereka dalam kerajaan PH lebih banyak memberi mudarat. Setidaknya itulah yang dapat di portray kan oleh Tun M kepada rakyat.
3) TS Muhyiddin kini mengawal kebangkitan Muafakat Nasional. Sebelum ini Kongress Maruah Melayu tajaan Tun M gagal menandingi sambutan yg diperolehi oleh Muafakat Nasional.
Mahayuddin cuma proksi Tun M dalam Perikatan Nasional???
Masa akan mengesahkannya. Malah kabinet Perikatan Nasional rata-rata dikuasai oleh pemimpin Bersatu, Umno lompat ke Bersatu dan PKR. UMNO, PAS dan GAP cuma pelengkap senarai.
Mengapa nama besar yang bersih dari kes mahkamah seperti Tok Mat Hassan, Dr Asraf Wajdi Dusuki dan ramai lagi tercicir?
Lihat sahaja percaturan Tun M menyusup masuk ke dalam Parti PH pada tahun 2015 apabila beliau menyertai himpunan Bersih. Walaupun sebahagian apa yang diperjuangkan oleh Bersih itu sebenarnya menentang apa yang telah dilakukan oleh beliau ketika 22 tahun mengetuai Umno tetapi akhirnya beliau berjaya menjuarai Bersih. Hebat bukan?
Dalam masa yang singkat 2018 beliau sudah pun dilantik menjadi Pengerusi PH untk menentang BN dlm PRU14, mereka yang dahulunya berjuang untuk menjatuhkan beliau sejak pra 1998 sehinggalah ke tahun 2003, ada di antara pemimpin ini juga pernah beliau penjarakan dalam Operasi Lalang telah bertukar menjadi sekutu dan penyokong kuat.
Dulu ada banyak artikel yang menceritakan bagaimana DS Anwar Ibrahim selain bijak berpidato mampu mengambil-alih gerakan atau rapat umum yang diusahakan oleh orang lain, menonjolkan diri seolah beliau lah ketuanya, tetapi Tun M nampaknya jauh lebih hebat. Beliau boleh masuk ke kubu lawan dan mengambil-alih tampuk kekuasaan tanpa disedari bahawa beliau lah yang mereka "perangi" sejak puluhan tahun yang lalu, tetapi kini diangkat menjadi ketua mereka.
Mungkin usaha yang dilakukan oleh Dato' Lokman Nor Adam yang menentang penubuhan Perikatan Nasional ada benarnya tetapi Umat Melayu yang begitu mendhambakan penyatuan telah terlalu penat untuk bergaduh sesama sendiri sehingga membiarkan DAP mendapat faedah.
4) Rakyat tak boleh lagi menuntut perlaksanaan Manifesto PH yang gagal dilaksanakan disebabkan kerajaan PH telahpun hilang hak memerintah. Malah PH telah secara teknikalnya berpecah. Jika ditakdirkan PH berjaya menjatuhkan kerajaan PN sekali pun kerajaan PH tersebut bukanlah gabungan parti yang asal ketika mereka memenangi PRU 14.
5) Kemungkinan kekosongan jawatan TPM pula memang disengajakan. Adakah ianya akan digunakan oleh TS Muhyidin untuk seolah cadangan tawaran berdamai dengan Tun M di atas nama agar Melayu terus Bersatu. Tawaran tersebut mungkin pula akan ditawarkan kepada DS Mukriz. Tidak mustahil bukan?
Walaupun pencapaian 1, 2, 3 & 4 sudah cukup bijak tetapi siapa lagi pemimpin serpihan Bersatu yang masih tinggal untuk ditawarkan ke jawatan TPM??? Tak ada bukan? Takkan Syed Saddiq pula?
Memang agak terkilan sekiranya perjuangan Muafakat Nasional yang dilihat mendapat sambutan ramai terhenti di sini. Tetapi itulah Tun M. Ada yang menyifatkan beliau sebagai Saka Politik Malaysia.
Maneuvering politiknya memang hebat, lick dan "deadly" untuk musuhnya. Lihat sahaja berapa ramai kawan dan lawan yang terhenti perjalanan politiknya apabila bertembung dengan Tun M.
Apapun masa akan menentukan samada telahan ini betul atau salah. Apa yang penting kita doakan lah yang terbaik untuk agama Islam, rakyat dan negara. Adalah jelas ianya sesuatu yang sukar untuk menghentikan langkah Tun M kerana perangai beliau memang sudah sebegitu sejak zaman PM pertama lagi. Seorang playmaker/pencatur bidak politik negara secara di belakang tabir mahupun sebagai PM.
4 Comments
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletebn akan menang majoriti..
Deletekita masih ada 2 hingga 3 tahun untuk pru15, apa pandangan korang tentang senario politik malaysia menjelang pru15
ReplyDelete