Semua Kena Checkmate! Hahaha So, Siapa Ada Majoriti Boleh Yakinkan YDPA? Ada Ke?

Kerajaan pimpinan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sah tiada majoriti sokongan ahli Parlimen. DS Nazri Aziz baru tarik balik sokongan.

Kini hanya 109 sokongan daripada 222 ahli parliamen. Adakah boleh tukar kerajaan?

Tidak! Sebab sekarang dah darurat. Parlimen tergantung.

Sekiranya tiada sokongan majoriti, PM perlu manghadap Agong dan meminta Parlimen dibubarkan. 

Tetapi, pembubaran Parlimen akan menyebabkan adanya PRU.

Jadi, langkah ini tidak dibuat oleh Perdana Menteri. Mana mungkin boleh PRU pada masa sekarang.

Darurat yang ada sekarang boleh mengatasi semua undang-undang yang ada sekarang termasuklah Perlembagaan Persekutuan kecuali perkara2 tertentu seperti agama, bahasa, kedudukan Raja-Raja.

Jadi, keperluan untuk menukar kerajaan dihalang dengan adanya darurat ini.

Perdana Menteri boleh sahaja meletak jawatan sekiranya betul dia beranggapan sudah tidak mendapat sokongan majoriti.

Mana-mana ahli parlimen lain boleh diangkat terus jadi PM baru. Dengan syarat, dia wajib yakinkan Agong, dia dapat sokongan majoriti daripada ahli parlimen.

Mana-mana ahli parlimen itu tidak kira samada dari belah kerajaan atau pembangkang.

Tetapi, kalau PM Muhyiddin letak jawatan, automatik barisan kabinet akan terbubar.

Sekiranya barisan kabinet atau Menteri terbubar, lantikan baru akan dibuat oleh Perdana Menteri baru.

Semua ini boleh dibuat dengan tanpa perlu adakan pilihan raya umum.

Persoalan yang belum terjawab ialah siapakah yang mampu mendapatkan sokongan majoriti untuk dilantik PM baru

Adakah keputusan Agong bagi perkenan darurat ini boleh dicabar di mahkamah?

Tidak! 

Perkara 150(8)(a)Perlembagaan Persekutuan menyatakan keputusan Agong dikira muktamad dan konklusif.

Tidak boleh di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Bang Non ada nombot. Yeyyyyy. Bang non jd PM
    . Hahahahahaha

    ReplyDelete