Pulak Dah! Takiyuddin Hina Jawatankuasa Khas Bebas Darurat?

Malang sungguh nasib PAS. Bukan setakat menteri, malah exco, MP, Adun PAS yang memerintah pada hari ini terus menerus dipertikaikan tindakan mereka. Mungkin ini petunjuk yang tuhan mahu memberikan amaran kepada mereka supaya tidak lebih berkata-kata. 

Dapat rampasan kuasa, covid19 menimpa. Dakyah melayu islam dilaunglan, strategi rampasan kuasa diadakan dibuat. Ye, berjaya. Tetapi adakah dengan berjaya rampasan tersebuf maka berjayanya mereka mentadbir. 

Kalau ada salah, perbetulkan kat komen ye.

- Isu Ratifikasi iCerd, bisu tanpa tiada tindakan pembatalan terus ratifikasi. 
- Isu adib, tiada tangkapan dibuat. Malah sunyi sepi. 
- Isu LGBT, sunyi sepi tanpa sebarang perundangan khas dicadangkan. 
- Isu Hudud, seolah masih belum habis kajian
- Isu RUU355, membisu tanpa kata.
- Isu intipati manifesto PAS sekiranya berkuasa. Ada tak boleh dilaksana?
- Isu air kelantan, selesai ker? 
- Isu air selangor, selesai ker? 
- Isu MP Umno, PH yang dilaungkan rasuah. Tertangkap ker?
- Isu sekolah vernakular, dihapuskan tak?

Moralnya, mereka hanya lebih berkata-kat dan gagal menterjemahkan kepada tindakan. 

Dan ini terbaru.... Sekiranya darurat sudah gagal, batalkan saja. Buka parlimen untuk dibahaskan tindakan yang lebih sesuai dan jitu untuk menangani covid19. 

Malaysiakini | Kenyataan Menteri Undang-Undang, Takiyuddin Hassan bahawa jemaah menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong sama ada proklamasi darurat perlu dilanjutkan atau tidak adalah penghinaan terhadap Jawatankuasa Khas Bebas Darurat.

Susulan pendirian tersebut, anggota Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, Noh Omar mempersoalkan peranan jawatankuasa bebas yang dibentuk dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong itu.

"Bagi saya ini satu penghinaan kepada saya sebagai ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agung .

"Kalau Yang di-Pertuan Agung bertindak untuk sambung atau tamatkan darurat atas nasihat kabinet, soalan saya kepada menteri kenapa melantik kami dan sekarang menafikan peranan kami semua?

"Adakah menteri merujuk kepada kenyataan perdana menteri mengenai peranan jawatankuasa bebas darurat? Saya minta Menteri jelaskan apa sebenarnya peranan Jawatankuasa bebas darurat ini?," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Takiyuddin berkata jemaah menteri bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong sama ada darurat perlu dilanjutkan atau tidak.

Takiyuddin berkata demikian sebagai respon kepada laporan yang memetik Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara mengenai tempoh darurat.

Noor Hisham dipetik Malay Mail semalam sebagai berkata bahawa setelah darurat ditamatkan, tiada apa-apa yang akan dapat menghalang tiga pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.

Mengulas mengenai laporan itu, Takiyuddin mengatakan bahawa Agong bertindak atas nasihat kabinet mengikut Perlembagaan Persekutuan ketika darurat diisytiharkan pada bulan Januari - bagi menangani Covid-19.

'Menteri buat keputusan sesuka hati'

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail turut senada dengan Noh yang mengatakan kenyataan Takiyuddin merupakan penghinaan kepada jawatankuasa bebas berkenaan.

"Kalau Yang di-Pertuan Agung bertindak untuk sambung atau tamatkan darurat atas nasihat kabinet, soalan saya kepada menteri kenapa melantik kami dan sekarang menafikan peranan kami semua?" katanya dalam kenyataan.

Saifuddin berkata berkata berdasarkan Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong kini di bawah jawatankuasa bebas.

Katanya, berdasarkan peruntukan itu, tanggungjawab jawatankuasa itu cukup spesifik iaitu “menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat atau penamatannya”.

"Berdasarkan Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 ini diperuntukkan penubuhan jawatankuasa Khas Bebas Darurat. Dengan penubuhan ini kerajaan telah membuat pengecualian untuk Jawatankuasa ini menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai darurat berbanding dalam keadaan biasa peranan menasihati ini adalah peranan Jemaah Menteri.

"Jawatankuasa ini memikul tanggungjawab yang sangat jelas dan spesifik iaitulah “menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat atau penamatannya.

"Sehingga sekarang Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ini masih wujud dan berfungsi menjalankan tugas dengan matlamat akhirnya mempersembahkan laporan kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong," kata Saifuddin.

Oleh itu katanya, kenyataan Takiyuddin amat mengelirukan sekali gus menimbulkan beberapa persoalan tentang fungsi jawatankuasa khas berkenaan.

"Mengapa menteri-menteri PN suka buat kenyataan yang bercanggah dan flip flop yang boleh mengelirukan rakyat?

"Saya fikir mungkin kerana Parlimen tidak dibenarkan bersidang maka tidak ada semak dan imbang dan menteri boleh membuat keputusan sesuka hati sahaja," katanya.

Post a Comment

2 Comments

  1. jawatankuasa bebas bukan bermakna bebas membuat keputusan atau melapur keputusan sesuka hati, jawatankuasa bebas buat kajian atau bebas membuat kajian atas batas2 yang sudah ditatapkan atau dipersetujui atas kapasiti pelantikan, kemudian lapurkan kajian atau pendapatan kepada badan yang melantik iaitu pemerentah untuk berbincang bersama dan keputusan atas nak pemerentah, kalu jawatankuasa bebas sesuka hati buat lapuran, negara2 amerika, russia atau cina pun bole lingkup atau runtuh

    ReplyDelete
  2. Bolavita menantang anda yang merasa jago menebak Wala Meron dalam ajang adu sabung ayam pisau di situs S128, Sv388 atau Kungfu Chiken dengan mengikuti promo terbaru kami kali ini. Tersedia banyak bonus yang sangat wow di BOLAVITA seperti berikut ini :
    - Welcome Bonus 10%
    - Bonus New Member 10%
    - Bonus Setiap Hari 5%
    - Bonus Rollingan 0.5%

    Minimal deposit adalah Rp 50.000,- dan Minimal withdraw adalah Rp 50.000,-

    Didukung oleh bank ternama di Indonesia dan bisa melalui gopay, ovo, linkaja dan masih banyak lainnya , guna mempermudah Anda untuk bertransaksi.

    Customer Service BOLAVITA tentunya 24 Jam online NONSTOP melayani Anda semua ^^

    Untuk Informasi Lebih Lanjut Silahkan Hubungi CS Kami Di :
    WA / TELEGRAM : +62812-2222-995
    INSTAGRAM : @bola.vita
    FACEBOOK : @bolavita.ofc
    TWITTER : @BVgaming_net
    LINE : @CS_bolavita

    #bolavita #bandarjuditerpercaya #situsjudionline #situsjuditerpercaya #poker #casino #sportsbook #togel #agenjuditerpercaya #agenjuditerbaik #situsjuditerbaik #livecasino #pokeronline #slotgames #sabungayam

    ReplyDelete