DAP pernah mengatakan mereka junjung Perlembagaan Persekutuan. Namun itu hanya indah khabar dari rupa. Bagaimana tindakan mempertahankan penceroboh tanah itu boleh dikira sebagai menjunjung Perlembagaan Persekutuan?
MCA juga berlumba untuk ‘membantu’ pekebun haram ini. Di manakah Keluhuran Perlembagaan & Kedaulatan Undang-Undang?
Saya tidak terkejut dengan tindakan DAP kerana sebelum ini mereka juga mempertahankan kuil yang dibina secara haram.
Saya sempat menonton beberapa video yang ditularkan tentang kejadian pekebun durian haram di Raub yang memaki penguatkuasa. Tabik kepada penguatkuasa yang bersabar menahan makian dari penceroboh haram.
Semasa menceroboh tanah tiada pula mereka memohon surat kebenaran menanam durian, tetapi apabila penguatkuasa menjalankan tugas penguatkuasaan diminta pula penguatkuasa untuk tunjuk surat.
Undang-undang untuk diikuti bukan untuk digubal sesuka hati ikut selera politik atau bangsawan. Dunia mungkin terlepas, di Padang Mahsyar tidak mungkin terlepas.
BANkami : Persoalannya, dimana SPRM. Sepatutnya pegawai kerajaan yang menjaga kawasan tersebut patut diheret kemuka pengadilan termasuk bekas menteri besar pahang. Takkan semua tu nak terlepas. Drama tebang pokok musang king korang tunjukkan. Tangkap sekali dengan pegawai yang menjaga termasuk exco pahang yang terlibat.







0 Comments