Minta Maaf Jer? Letak Jawatan Tu Skali Bro!

Kalau gentelll.. Letak jawatan sekali!

Polis memanggil 15 individu termasuk Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon bagi membantu siasatan berhubung klip video yang menunjukkan sekumpulan individu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan di sebuah kebun durian, di Batu Pahat, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, wakil rakyat berkenaan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada pukul 3 petang, Khamis lepas.

"Polis selesai merakam keterangan kesemua 15 individu berkenaan dan akan melengkapkan siasatan serta merujuk kes itu kepada Pejabat Pendakwa Raya.

"Kes akan disiasat mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya seperti dilapor Bernama hari ini.

Terdahulu, rakaman video selama 13 saat yang memaparkan ahli parlimen Batu Pahat itu bersama sekumpulan individu lain menikmati acara makan durian, tersebar di media sosial.

Pada mulanya dia berkata acara itu berlaku tahun lalu. Pembantunya juga mengatakan kehadiran individu di pesta durian itu dengan memakai pakaian yang sama dengan acara sebelumnya di Majlis Perbandaran Batu Pahat pada Ahad lalu, berlaku secara "kebetulan".

Bagaimanapun warga maya mempertikaikan penjelasan itu dengan mengemukakan beberapa perkara dalam rakaman video yang menurut mereka menunjukkan ia bukannya berlaku pada tahun lalu.

Rashid kemudian mengaku menyertai kenduri durian berkenaan dan meminta maaf atas kesalahannya.

malaysiakini

Post a Comment

4 Comments

  1. berhati2lah dengan buah durian kerana aura ia bole mempengarohi orang

    ReplyDelete
  2. Apabila darurat kesihatan tidak diuruskan dengan sebaiknya, rakyat kecewa dan marah. Apatah lagi pihak korang yg langgar sop yg korang tetapkan.
    Dengan peningkatan kes positif dan kematian setiap hari. Rakyat jadi takut dan kecewa. Varian delta yang ganas kenapa boleh melepasi sempadan negara?!
    14 hari ditukar jadi 7hari dan balik semula kepada 14 dan 21hari.
    Ketatkan kawalan dan jangan buka pintu negara lagi kepada negara-negara yang ada varian tersebut.

    Kluster kilang.
    Bila ada manusia terkanan masih bertekak mengatakan data dan fakta bukan angkara kluster kelulusannya.Maksudnya menyalahkan org lain. Data dan sains peratusannya kluster tersebut tinggi.
    Sanggupkah rakyat mempercayai mereka suatu hari nanti?!

    Imunisasi.Bila ada negeri kehabisan dos vaksin, manusia yg diarahkan menjaganya bertekak bahawa dia betul.Org lain salah. Tapi kenapa ppv tutup? Nak vaksin apa kalau vaksin memang tiada. Bertekak pula dgn kesatuan eropah tapi kantoi malu setelah dapat perkhabaran sebenar. Mana integriti?!
    Adakah melayan populariti lebih utama dari maruah diri?!
    Berbillion2 wang cukai rakyat digunakan untuk menempah vaksin. Tapi rakyat tidak mendaftar mysejahtera dipersalahkan. Yang mendaftar sejak awal masih terkial-kial menyemak tarikh akan divaksin. Spin lah sehingga rakyat naik muak.Yang menunggu diberi vaksin tidak ingin mendengar spin korang. Wang yg banyak tu untuk apa?!

    Jangan salahkan rakyat atau mana-mana pihak yang menyuarakan kekesalan, kebimbangan dan kemarahan.
    Sepatutnya korang gunakan darurat kesihatan tu untuk meyakinkan semula rakyat dan bukannya berbuat sukati tanpa peduli keresahan rakyat yang mengundi korang.

    Malang rupanya setelah negara disytihar darurat. Ingatkan mereka akan lakukan yang terbaik membendung dan melawan pandemik.

    Syukur ada suara-suara pihak luar yang menyalak mereka dari luar dengan fakta dan data.

    ReplyDelete
  3. Untung la. Time pkp pun blh sedap2 kawin kat siam. Yg tgh kebulur x mkn smpi kibar bendera putih plk dikecam..gila betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pas memerintah malaysia. Tu belum lagi majoriti.. Kalau majoriti, mau tunggang terbalik malaysia.

      Delete