Bila MB Kedah Takut Allah Tibai, Tapi...... Pelik Punya Otak...

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor menasihati Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan kontroversi dengan pemimpin negeri lain.

Ini ekoran kenyataan Sanusi yang mengaitkan kegiatan judi ekor dengan Pulau Pinang, yang disifatkan Wan Salim sebagai sesuatu yang tidak wajar dan mendukacitakan.

“Selaku seorang ‘abang’ suka saya menasihati MB Kedah ini supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

“Beliau perlu menjaga imej jawatan yang disandangnya sebagai seorang pemimpin sebuah kerajaan negeri yang dihormati, bukan sebagai pemimpin di peringkat kampung atau kawasan yang pengaruhnya agak terhad.

“Beliau juga seboleh-bolehnya cuba tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi dengan pemimpin-pemimpin negeri yang lain, terutama negeri jiran, sebaliknya berusaha menjalin hubungan yang mesra dengan semua pihak,” katanya pada satu kenyataan.

Semalam, ketika mengumumkan yang Kedah bakal mengharamkan operasi semua kedai nombor ekor dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka, Sanusi menyebut Pulau Pinang sebagai destinasi yang harus dituju untuk membeli nombor ekor.

Kerajaan tidak akan beri lesen (baru), kalau you nak beli (nombor ekor), beli di Pulau Pinang.

“Saya Islam tak boleh main judi. Nanti kat akhirat saya kena tanya, aktiviti macam ni anda buat apa? Kalau saya cakap saya tak buat, saya kena tibai,” katanya.

Wan Salim menyifatkan kenyataan Sanusi itu sebagai suatu penghinaan terhadap pelbagai institusi agama Islam di Pulau Pinang yang sentiasa komited kepada usaha-usaha bagi memartabatkan kedudukan Islam.

Katanya, kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan tetap terpelihara dan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan, termasuk peruntukan mencecah RM70 juta sejak 2008 kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

“... Beliau sepatutnya mempamerkan kematangan berfikir dan menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dalam menghayati semangat Keluarga Malaysia sebagaimana yang dicetuskan oleh perdana menteri baru-baru ini,” kata Wan Salim lagi. 


Malaysiakini 

Post a Comment

7 Comments

  1. Xde besa mb kedah dgn walaun. Sama2 bingai!

    ReplyDelete
  2. Kerajaan gagal lucut hak barangan berharga Najib, Rosmah, 3 anak - Kencing tak lawas lagi la orang tua tu malam nihh... kikiki

    Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
    8 November 2021, 12:22 pm

    KUALA LUMPUR – Kerajaan gagal dalam permohonannya untuk melucut hak barangan berharga milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tiga anak mereka dan beberapa pihak lain yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

    Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas menolak permohonan kerajaan selaku pemohon selain mengambil kira hujahan daripada kedua-dua belah pihak secara bertulis yang telah dihantar sebelum ini.

    #haahhtepokkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. So terbuktilah hakim zaini mazlan ni tak pro PH.

      Delete
  3. nak haramkan judi pun marah, ni marah kat siapa ni, marah kat allah ke yang mengharamkann judi yg tercatit dalam al-quran atau marah kat mb kedah sebab kawan2 depa dah tak bole berjudi terpaksa pergi pulau pinang atau negeri lain yang belum mengharamkan judi, tolong jelaskan betul2 jangan main 'play safe'( tafsirlah sendiri)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang buat2 pekak ka? Dia bagitau nak judi, pi penang.. dahtu tak menggalakkan berjudi ka?

      Otak hang tertinggal kat mana?lambat hadam ni.

      Delete
  4. Kat klate ada kedai judi..bila nak haramkan?

    ReplyDelete
  5. tak paham ke apa yang ditulis cuba baca betul2, termasuk kelantanlah
    itu kena tunggu topik baru dari admin

    ReplyDelete