Pembunuh Senyap Lelaki... Jaga-Jaga Kawan!



Serangan jantung dan kanser prostat adalah dua jenis penyakit paling tinggi dihidapi lelaki dan merupakan pembunuh senyap golongan itu di Malaysia.

Penyakit jantung iskemik kekal sebagai punca utama kematian golongan lelaki, iaitu sebanyak 17.3 peratus kematian dalam beberapa tahun mutakhir ini termasuk peningkatan ketara bagi kes kematian mengejut.

Sesetengah komplikasi jantung ini mungkin berlaku secara tiba-tiba kerana tanda-tanda awal diabaikan lelaki dengan mengelak berbual mengenai isu itu atau mendapatkan rawatan sewajarnya.

Pakar Kardiologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Tee Chee Hian, dipetik BH berkata, kematian mengejut berlaku disebabkan pelbagai komplikasi jantung.

Ia seperti penyumbatan saluran koronari akibat plak pecah atau malignant arrhythmia, umpamanya ventricular tachycardia atau ventricular fibrillation yang menyebabkan tiada darah dapat dipamkan daripada jantung ke seluruh badan.

Jelasnya, antara simptom perlu diawasi termasuk rasa debaran tanpa sebab (palpitation), situasi hampir pengsan atau pengsan sehingga tidak sedarkan diri.

“Malah yang tidak mengetahui mempunyai penyakit arteri koronari (CAD) mungkin mengalami sakit dada dan sesak nafas ketika bersenam atau melakukan kerja berat. Ini boleh menyebabkan berlaku kematian mengejut,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments