Tekad DAP Tawan Hati Melayu?

DAP tidak boleh selamanya cuma bergantung kepada rakan mereka dalam Pakatan Harapan (PH) untuk memikat pengundi Melayu, kata Tey Kok Kiew.

Atas sebab itulah, kata Pengerusi DAP Melaka berkenaan, dia menawarkan diri untuk bertanding ke kerusi DUN Bemban yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu.

"DAP tidak boleh terus berada di kawasan bandar saja, kita perlu meluaskan pengaruh.

"Sebagai pengerusi DAP negeri, saya perlu memimpin melalui teladan dengan pergi ke kawasan yang lebih jauh dari bandar, mengenali kehidupan kaum lain dan memberi mereka peluang untuk kenali kami.

"Dengan itu barulah DAP boleh pergi jauh. DAP tidak boleh bergantung kepada parti rakan PH untuk mendapatkan sokongan orang Melayu," katanya

Tambah bekas exco Melaka semasa PH menjadi kerajaan itu juga yakin usaha menarik sokongan orang Melayu kepada DAP melalui bantuan parti lain hanya berkesan untuk jangka pendek.

Namun katanya untuk jangka panjang DAP perlu melakukannya sendiri agar lebih ramai Melayu memahami perjuangan dan idealisme yang dibawa parti berkenaan.

"Saya percaya dengan cara itu barulah lebih ramai orang Melayu akan menyokong DAP," katanya.

Memang besar di Bandar Hilir

DAP sejak sekian lama bergelut dengan masalah imej khususnya dalam kalangan prang Melayu selepas parti itu terus-terusan dilabel sebagai memusuhi Islam dan Melayu oleh musuh politiknya.

Usaha mengatasi persepsi itu kemudian digerakkan dengan giat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antaranya DAP meletakkan lebih ramai pemimpin Melayu dalam kepimpinan parti khususnya di peringkat pertengahan.

Pada masa sama parti itu masih banyak bergantung kepada rakan sekutunya dalam PH untuk memenangi undi Melayu.

Tey berkata sebagai pengerusi DAP Melaka, dia lebih dikenali, justeru menjadi tanggungjawabnya untuk bertanding di kerusi yang lebih berisiko.

Untuk rekod pada pilihan raya lalu - yang diadakan serentak dengan PRU ke-14 - Tey bertanding di Bandar Hilir dan memenangi kerusi berkenaan dengan memperoleh 14,038 undi.

Ia merupakan 67 peratus daripada undi yang ada berbanding calon lain, Shaun Lee Chong Leng (BN) yang mendapat 2,725 undi dan Chin Choong Seong (bebas) yang hanya memperoleh 141 undi.

Tek dibezakan dengan 11,313 undi daripada Lee yang menjadi pencabar terdekatnya.

"Kami berasakan ada keperluan strategik. Saya sendiri merasakan keperluan itu.

"Seperti yang saya katakan, untuk menjadi kerajaan kami perlukan 15 kerusi termasuk DUN Bemban," katanya.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi.

Strategi meletakkan pemimpin kanan di kawasan berisiko tinggi digunakan oleh pemimpin pusat DAP sejak sekian lama terutamanya melibatkan veterannya Lim Kit Siang.

Lim - yang bermula sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka (dahulunya Bandar Melaka) - berpindah ke Pulau Pinang pada 1980-an dan 1990-an untuk meluaskan pengaruh parti itu di sana.

Mungkin tak ramai keluar

Hanya selepas beberapa kali mencuba barulah DAP dapat menguasai negeri berkenaan dan kini ia dianggap sebagai kubu kuat parti tersebut.

Lim yang pernah menjadi ahli parlimen Ipoh Timur antara 2004 dan 2013 dalam usaha untuk memenangi Perak, kini mewakili kerusi parlimen Iskandar Puteri di di Johor.

Beberapa pemimpin tertinggi DAP juga turut mengikuti jejak langkahnya, namun tidak semua yang benar-benar berjaya.

Misalnya, tindakan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong yang mencabar Presiden MCA Wee Ka Siong di Ayer Hitam dan tewas walaupun dengan majoriti tipis, 303 undi, pada 2018.

Bagaimanapun, Tey berkata dia bersedia menghadapi risiko itu.

"Saya perlu berterus terang - jika DAP takut kalah, maka itu bukan wakil rakyat DAP.

"Daripada meletakkan orang baru ke tempat berbahaya, kenapa tidak kita beri peluang dan platform kepada orang baru (untuk bertanding kerusi selamat)?" katanya.

Setiausaha politik Tey, Leng Chau Yen, 37, akan bertanding di kerusi yang dilepaskan Tey iaitu Bandar Hilir.

Kali ini di DUN Bemban, Tey akan menentang, Koh Chin Han dari BN, Mohd Yadzil Yaakub (PN) dan dua calon bebas iaitu Azmi Kamis dan Ng Choon Koon.

Pada 2018, DAP memenangi kerusi DUN Bemban tetapi hanya dengan 45.4 peratus undi dalam pertembungan tiga penjuru.

Bagaimanapun, dengan kekecewaan pengundi dan kemungkinan peratusan keluar mengundi yang rendah akibat pandemik Covid-19, Tey menghadapi cabaran yang sukar.

Dalam temu bual itu, Tey juga mengulangi sokongan DAP agar Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, sekali lagi menjadi calon ketua menteri jika gabungan itu mendapat kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri.

SPR menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov.

Post a Comment

4 Comments

  1. Dari blog Jessy Gaygay blog barua Tun Mahathir... Dah pandai jadi batu api di PRN Melako..

    awal lawan Tun smpi lapor kat pulis bersama Lokman Adam kes 1MDB pasal Zety tak ambil tindakan duit masuk billion2 dlm akaun sedangkan Bank Negara sedia maklum tindakan salah di sisi undang undang tak istihar wang billion... tapi u turn bila Tun jadi PM ke 2 lawan balik Najib dlm kes 1MDB...

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperlekeh logo Perikatan Nasional sambil mendakwa, warna biru pada logo tersebut dicetak rompak dan harus ditolak pengundi pada Pilihan Raya Negeri Melaka.
    Menurutnya, pengundi Melaka tidak harus terpedaya dengan parti politik yang turut menggunakan lambang biru seakan BN kerana natijahnya pasti mendukacitakan.
    Terdahulu, TTF meramalkan bahawa UMNO hanya akan menang tidak lebih dari tujuh kerusi, manakala Perikatan Nasional (PAS dan PPBM) dijangka akan kalah semua kerusi yang ditandingi.

    Jessy Gaygay dah pandai membatu api kan PN dan BN. Pada Jessy Gaygay kau bela Parti PejWang Tun Mahathir tu... dlm PRN Melako PejWang tak tanding satu pun jangan nak heingg sana heenggg sini... Bela boboi tu baik baik...

    Melingkup boboi maka melingkup lah Pejuang dan otomatik melingkup Tun Mahathir... PejWang tak bertanding sila berambosss dari PRN Melako..

    Yea misi balas dendam pada Boboi dan Tun... PejWang sila beramboss dari PRN Melako... Don't mess with Melako

    puiii...!!!

    #lingkupkanboboisampaijadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kejadahnya pejuang mahathir dengan DAP?

      Delete
  2. Syukurrr alhamdulillah "Rapatkan hubungan dengan Indonesia Sedara Serumpun... lupakan terus Singapura Celaka lah Singapura celaka lah barua barua Lee Kwan Yew di sini...!!!

    Malaysia, Indonesia setuju laksana koridor perjalanan secara berperingkat – PM

    November 10, 2021 Ismail Sabri Yaakob, Malaysia-Indonesia, Presiden Jokowi
    Sebarkan..!!


    Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement atau Vaccinated Travel Lane, memandangkan kedua-dua negara semakin pulih daripada pandemik COVID-19.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menteri-menteri berkaitan akan memperhalusi inisiatif itu supaya sempadan kedua-dua negara dapat dibuka membabitkan laluan Kuala Lumpur-Jakarta-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Bali-Kuala Lumpur.

    Lupakan Singapura pedulikan Singapura..

    "When you make friend with Singapore then you no need enemy"

    #lingkupSingapuralingkupbaruaLeeKwanYew

    ReplyDelete
  3. Pertubuhan Hindudharma alu-alukan haram penjualan arak - Barua Melayu DAP@LeeKwanYew saja yang bodoh bangang melantun lantun pasal arak ni
    Kalau tanya Anwar Ibrahim lansung tak bunyi jadi setan bisu..!!

    KUALA LUMPUR: Pertubuhan Hindudharma Malaysia (Maamandram) mengalu-alukan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Shahidan Kassim untuk mengharamkan penjualan minuman keras (alkahol) di kedai-kedai runcit, kedai-kedai perubatan tradisional Cina dan kedai-kedai yang beroperasi 24 jam di Kuala Lumpur mulai bulan ini.

    Presidennya, Radhakrishnan Alagamalai berkata, perbuatan meminum arak adalah antara lima dosa maha besar yang dilarang sama sekali dalam agama Hindu.

    “Seseorang yang meminumnya akan hilang keupayaan untuk berfikir secara waras dan melakukan pelbagai kesalahan serta tidak teragak-agak untuk melibatkan diri dalam perbuatan jenayah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

    Selain itu, katanya tabiat meminum arak menjadi antara punca utama untuk menghancurkan kebahagiaan institusi keluarga.

    Tambahnya, tabiat itu juga akan membawa kemudaratan kepada kesihatan individu dengan mengakibatkan kerosakan pada organ-organnya dan akhirnya menyebabkan kematian.

    Oleh itu, jelas beliau agama Hindu melarang sama sekali perbuatan meminum arak.

    Barua barua DAP@LeeKwanYew Melayu yang terkinja kinja perolok olok agamanya..!!

    ReplyDelete