Kerajaan Baginda...




1. Dalam mana2 penubuhan Kerajaan, stabiliti paling penting. Politik kena stabil, baru ekonomi akan ikut stabil. Pelabur asing hanya akan melabur dalam satu negara sekiranya mereka tahu mereka boleh buat untung. Makanya, politik negara kena stabil dulu. 

2. Semua tahu, tiada pakatan pun yang boleh bentuk Kerajaan hari tu. Tiada satu yang dapat majoriti mudah. Mereka kena bergabung juga. Ini pun tak dapat dibuat sebab banyak sangat dramanya. Terutamanya isu BN-PN. Dok bergaduh sakan. 

3. Makanya, Agong kita dengan kebijaksanaan Baginda, terus buat keputusan. Dia nak Kerajaan Perpaduan. Semua kena bersatu. Jangan nak maciam2. Makanya sebab PN menolak, PH dapat tubuh Kerajaan. Dengan GPS, GRS dan BN. Betul dah tu. 

4. Makanya kena ingat, ini Kerajaan Tuanku yang punya. Baginda punya magic hand di dalamnya. Maka saya tak paham, kenapa Geng PN ni mengomel sakan lagi. Seolah2 nak menentang titah Agong. Apakah sifat derhaka itu tidak terpakai kepada parti Melayu Islam? Mereka maksum? 

5. Kena ingat dulu, Agong dah bagi muka. Anda sudah naik memerintah. Masa tu Tuanku side anda juga. Bila tak kena tekak, jangan la derhaka. 

6. Ini semua akan buat terganggu stabiliti dalam politik negara. Speaker pula dikatakan nak tengok SD kembali. Walhal Agong dan MRR tak titah pun. 

7. Saya harap kita keluar lah dari budaya akuan bersumpah (SD) nak lantik Perdana Menteri ni. Tambah dah ada peruntukan Anti Lompat Parti. Blok parti perlu putuskan strategi secara kolektif. Bukan secara individu lagi. 

8. The best form of vote of confidence ialah di lantai Dewan Rakyat. Keabsahan Perdana Menteri ditonton ramai. Melalui undi percaya kepada Perdana Menteri. Transparen, jujur dan berhemat. Itu benda standard di kebanyakan negara yang boleh dibuat. Bukan saja meyakinkan pelabur malah rakyat. 

9. PM10 dah sebut. Dia nak buat undi percaya di Parlimen pada 19 Disember ini. Itu tindakan bijak. Kita nantikan. Ramai risau stunt2 BN, PN dan GPS. Tak tahu lagi apa trick yang menanti. 

10. Kena ingat, walau BN tarik diri, ada GPS dan GRS di situ boleh back up. Kalau PN nak buat hal, gabungan PH, BN, GPS dan GRS dah dapat 2/3. Kalau dia nak kacau, memang kerja gila. Pada saya, Kerajaan ini sudah stabil. Sukar nak dijatuhkan. 

11. Semua kena ingat, ini Kerajaan Agong yang buat. Jangan la pikir nak stunt macam2. Buat benda tak elok. The last thing you want to do now is to disobey Agong. Masa tu you may see, macam mana people revolt against politikus. PRU16 hanya lagi 4-5 tahun. 

12. Akhir kalam, Kerajaan ini Agong yang punya, hormatilah Baginda. Buang taksub parti itu, pikirlah negara. 5 tahun tu bukan lama, nak dekat PRU16 nanti gaduh la semula… Rakyat akan tengok kembali, mana satu nak diangkat pula. 

Salam hormat,

Post a Comment

1 Comments

  1. Satu hal memang kuasa melantik PM adalah mutlak pada budibicara Kdym Agong, tapi lepas tu boleh saja politikus berperanan sebagai politikus, tak ada soal menderhaka kpd baginda dalam soal tu so tak usah pusing² cerita, thin line between perkara yg subjective tu adalah jelas kecuali politikus cuba nak putat² kaedah kefahaman umum yg jelas.
    Tiada sesiapa yg saya dgr mengkritik soal kuasa lantikan akan tetapi tidak bermakna segala karenah politikus sebelum dan selepas perlantikan boleh disandarkan dibalik kuasa YDP Agong sebab ianya tiada kena mengena langsung malah dalam segala titah ucapan pembukaan dewan rakyat pun baginda YDP Agong sentiasa menyebut "Kerajaan Beta" atau kadang² "Kerajaan Saya" maka begitu juga di negeri² yg bersultan, maka oleh yg demikian dlm sistem politik demokrasi Raja berperlembagaan ini tidak bermakna pehak yg mengkritik, mentakwil mana² kerajaan lantikan Baginda boleh ditafsir sebagai mengkritik atau menderhaka kpd baginda selamamana ianya tidak mengkritik KDYM Tuanku².
    Suatu perkara yg pernah dibuat oleh sebahagian politikus adalah menganggu asas perlembagaan pada suatu masa dulu yg mana perkara yg sepatutnya mendapat perkenan KDYM Tuanku dahulu untuk dibawa ke parlimen telah digubal dengan penuh kontroversi dan khianat, sayugia maklum masih ramai ahli² parlimen dan adun yg masih menjadi ahli parlimen dan adun pada hari ini yg telah terlibat dalam skandal tersebut dimana ramai juga yg telah bersara atau dibersarakan dan ada yg telah mati.
    Ramai juga MP² dan Adun yg menyanggah perkara tersebut masih hidup dan masih menjadi samada MP atau Adun disamping ramai yg tela bersara atau dibersarakan dan ada juga yg telah mati.

    Oleh itu kepada sesiapa yg ingin bercakap dalam soal ketaatan & kedurhakaan terhadap KDYMM Agon dan Raja² serta TYT YDP Negeri² maka wajib membawa isu ini kembali,
    Asas Ketaatan hendaklah bermula disitu sekurang²nya.
    Ada byk bab lagi saya boleh sebutkan tapi cukup sekadar itu utk buat masa ini.

    Semoga Sejahtera,
    Hamba Allah.

    ReplyDelete