Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohammad Agus Yusoff hari ini mempertahankan penglibatannya dengan sekumpulan profesor Melayu yang secara terbuka menyokong usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.
“Saya berasa bangga menjadi antara 70 profesor Melayu yang menyokong Anwar sebagai perdana menteri ke-10 kerana kita mahu melihat perubahan dalam negara ini.“Ini adalah sebahagian daripada sejarah kerana ini kali pertama (ahli akademik) tampil menyatakan pendirian,” katanya kepada Malaysiakini.
Kepakaran Agus ialah dalam sains politik dan sejarah. Agus adalah antara 70 ahli akademik Melayu yang tersenarai dalam dokumen "Deklarasi Profesor Melayu G70" semalam.
Deklarasi itu menyatakan bahawa selepas memberi pertimbangan sewajarnya, mereka menyokong Anwar sebagai perdana menteri kerana menurut mereka presiden PKR itu adalah satu-satunya yang mempunyai pengalaman, kredibiliti dan integriti untuk memimpin masyarakat majmuk berdasarkan keperluan Islam sebagai agama persekutuan.
Mereka juga menyifatkan Pakatan Harapan (PH), gabungan yang dipimpin Anwar, adalah pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan menjaga kepentingan umat Islam, Melayu dan bumiputera.
Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi mengeluarkan dakwaan bahawa kenyataan 70 ahli akademik itu tidak menggambarkan pendirian tenaga pengajar kementerian itu.
Kementerian itu berkata ia menghormati kebebasan bersuara dalam kalangan individu dan kakitangan akademik, namun mengingatkan bahawa penjawat awam masih perlu mematuhi peraturan dan undang-undang.
Secara berasingan, Majlis Profesor Negara (MPN) mengeluarkan kenyataan mengecam ahli akademik yang telah bersara yang masih menggunakan gelaran "profesor" dalam deklarasi itu.
Dalam satu kenyataan, MPN berkata ahli akademik yang telah bersara tidak dibenarkan menggunakan gelaran "profesor" melainkan mereka dilantik sebagai "professor emeritus".
Perkara itu telah dijawab alam epilog deklarasi G70. Kumpulan itu berkata menghalang penggunaan istilah "profesor" oleh pesara adalah perkara birokrasi.
3 Comments
Trending sekarang adalah wabak hawar menyokong PN dikalangan golongan belia.
ReplyDeleteProf yang sokong anwar tu jenih prof sastra yg tak tau apapun kecuali hapal apa yg ditulis orang lain, jadi apa nak diherankan,
ReplyDeletekat mesia nih budak jawa indon kerja canting batik pun boleh diberi phd seterusnya bergelar profesor batik dan dia tak tau pun beza antara "batik" terengganu dengan batik jawa tambah lagi dia dan ramai prof sejarah mesia tak tahu yg apa yg disebut sebagai batik itu cuma nama jawa untuk produk itu sedangkan di terengganu zaman dahulu ianya mempunyai namanya sendiri untuk produk yg hampir serupa tersebut.
dan lagi nak tau betul ker yg prof2 tu orang bijak tulin atau sekadar pangkat diintitusi akademik sahaja?
disitu makanya coba kita lihat apa dia karya2 diaorang yg memberi manfaat pada nasyarakat baik dlm apa bidang pun penglibatan mereka....baik dari segi idea mahupun kreativiti "invention".. nah! sekarang baru engkorang tahu bahawa kebanyakan sijil2 atau pangkat diaorang cuma lantikan institusi akademik aka sekolah tinggi sahaja bagi memenuhi hiraki pentadbiran pelbagai bidang dalam perniagaan akademik tersebut dan bukan atas sifat pengredan keilmuan yg sejati aka tulin.
dengar cerita ada yg diantara prof2 tu yg dulu tulis disertasi phd yg taik lembu baik untuk dijadikan baja alami... hehehe, tak ker itu perkara yg pakcik-makcik yg tak sekolah kat kampung pun dah tahu zaman berzaman... hehehe.
dan jgk akademian di benua kalingga dan negeri tiongkok pun tipu pasal sejarah mereka dengan bersebab, hihihi ada ker yg tembok besar di negeri yg sekarang tu benama "china" hasil kerja orang tiongkok dan dah beribu tahun... hehe penipu...
haha kalau tak menipu maka tak tiongkok la hehe..
maka baka2 keturunan tiongkok nih sebetulnya penipu dimana jua mereka berada dan bangsa tiongkok itu berasal dari satu daerah bernama tiongkok (berdekatan dengan korea) yg pernah diketuai oleh perompak penyangak bernama chin yg telah membatai ethik2 lain dan akhirnya berjaya menjajah wilayah2 negeri lain dan menamakan empayanya sebagai "china" dan segala bangsa lain yg dijajah dipaksa untuk convert menjadi china atau dibunuh dan segala tahap kepimpinan mestilah yg bedarah tiongkok asli.
nah sekarang engkorang boleh mengagak mana dia bangsa tiongkok asli di mesia nih.
Yang sokong 70 prof...
ReplyDeleteYang mengundi rakyat berjuta org..