Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menjelaskan rancangannya untuk menangani kemiskinan haid selepas kenyataannya pada Isnin menimbulkan kekeliruan selain kritikan.
Dia berkata rancangan untuk memulakan inisiatif itu di ibu pejabat Kementerian Kesihatan di Putrajaya hanya bertujuan untuk melihat bagaimana inisiatif itu boleh dilaksanakan dan mendapat maklum balas segera.
"Sekiranya berjaya, saya lihat ia boleh diperluaskan ke fasiliti-fasiliti kesihatan yang strategik dan melibatkan orang awam."Inisiatif ini mungkin nampak kecil tetapi boleh memberi impak yang besar untuk menangani isu kemiskinan haid, apatah lagi ianya sangat bertepatan dengan kesihatan menstrual dan sistem reproduktif wanita," katanya dalam catatan di akaun media sosialnya malam tadi.
Dia berterima kasih kepada orang ramai kerana memberikan pandangan mengenai inisiatif tuala wanita percuma itu.
Semasa perhimpunan bulanan kementeriannya pada Isnin, Zaliha berkata kementeriannya akan menyediakan tuala wanita percuma dalam usaha menangani kemiskinan haid.
Bagaimanapun, kenyataannya bahawa inisiatif itu akan bermula di pejabatnya mengundang kritikan.
“Kita akan mulakan di pejabat menteri dahulu, dan selepas itu (kita akan kembangkan) di seluruh kementerian. Dan kemudian mungkin kita boleh bekerjasama dengan agensi dan kementerian lain,” katanya seperti dilapor Bernama sebelum ini.
The Star memetik beberapa pihak yang berkata inisiatif itu bertujuan baik, namun ia sepatutnya menyasarkan wanita dalam komuniti kurang bernasib baik dan bukannya kakitangan Kementerian Kesihatan.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, tolong jangan bazirkan wang rakyat.
Adakah anda mengatakan kakitangan pejabat menteri tidak mampu untuk membeli tuala wanita?
Adalah lebih baik untuk mengedarkannya di sekitar sekolah menengah di kawasan luar bandar,”
0 Comments