Potong Subsidi, Punca Pesawah Petani Nelayan Tolak PH?



Bila aku cuit PN, depa kata aku orang PH. Bila cuit PH depa kata aku orang PN. Cuma satu yang baguih, dah takdak orang yang kata aku orang Umno.

Ada member yang follow aku kat Twitter dok tanya pasai apa aku tukar nama. DAO tu apa dia? 

Dulu aku sokong personaliti.  Lepas tu sokong parti. Lepas tu join NGO. La ni apa pun tak mau dah. Aku jadi DAO. Decentralized Autonomous Organization. Sapa yang join blockchain dan Web3, aku tak payah explain. Sapa yang masih analog, teruskanlah pakai kupon.

Aku bagi intro kat atas ni sebab aku nak kaitkan keputusan PRK Padang Serai dan Tioman ni dengan food security. Jadi, aku tak mau hangpa kata aku pro-PN atau pro-Kerajaan Koalisi.

Semakin jelas, orang Melayu sokong PN. Di Kedah,  majoriti yang diperolehi oleh PN terlalu besar sebab Kedah Jelapang Padi. Kat Tioman, BN nasib baik sebab takdak bendang. Kalau ada bendang, ghuyup jugak la.

 Pasai apa orang berbendang ni marah sangat kat PH?  

Masa PRU haritu, aku dok baca satu tulisan orang Umno. Betui atau tidak aku tak tau, tapi kebenaran hanya persepsi. Kalau yakin...salah pun boleh jadi betui. Aku kopipes sebahagian.

1. Peruntukan kpd subsidi baja padi dipotong dari RM465 juta (2018) kpd RM232.5 juta dlm bajet 2019. Rakyat tgh susah dan kerajaan PH potong pula subsidi. Bajet 2023 Ismail Sabri bagi subsidi tinggi PH kata gula2 PRU tp PH juga kata rakyat tengah susah.

2. Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi dipotong daripada RM563 juta (2018) kepada RM281.5 juta dalam bajet 2019.

3. Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada RM98.5 juta dalam bajet 2019. Tanyalah nelayan mcm mana PH ‘bantu’ mereka.

4. Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam bajet 2019.

5. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018 kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019.

6. Peruntukan kepada Malaysian Bioeconomy Development Corporation dikurangkan sebanyak RM40 ribu dalam bajet 2019 berbanding 2018.

7. Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4 bilion dalam bajet 2019.

Bila jadi kerajaan hasil gabungan dengan Umno, perkara pertama dibuat ialah penaya Syed Mokhtar. Masa memerintah hangpa tarik subsidi beratus juta, dah menang hangpa pau orang tua tu 50 juta. Kartel gula, minyak masak dan telur tak berani usik.

Hangpa sebagai pengguna mungkin tak terkesan dengan penarikan subsidi, tapi bagi pengeluar makanan...tengah mati woi.

La ni...Sapa yang terkesan?


Post a Comment

1 Comments

  1. Betul aku ingat lepas DSAI terajui negara, harga barangan semua akan turun. Tapi hairan, sebaliknya berlaku. Kesian kat orang susah telur pun dah 70 sen sebiji shaja yang ada kat supermarket.

    ReplyDelete