Apakah Najib Semakin Hampir Menanti Detik Dibebaskan?



Najib disabit bersalah dan sedang menjalani hukuman dipenjara. Then, katanya najib tiada plan B sekiranya penangguhan tidak berjaya dan najib akhirnya dipenjarakan. 

Kemudian, peguam najib membuat permohonan semakan semula hukuman penjara dan pembatalan disabitkan kes rasuah SRC international RM42 Juta. 

Saban tahun kita disajikan dengan isu 1MDB, tetapi setakat hari ini hanya najib sahaja di hadapkan dimahkamah dan dipenjarakan kerana isu SRC international. 

Jho Low? Sudah 3 perdana menteri bertukar ganti dan diakhiri dengan perdana menteri serta menteri yang dulunya begitu taksub melontar dakyah 1MDB dan akan mengheret kesemua yang terlibat ke muka pengadilan. 

Namun hakikat sebenarnya... Hanya najib dipenjara.. Itupun bukan pure kes 1MDB. 

Jho Low, seolah sudah menjadi sepi. Tiada lagi mana-mana perdana menteri atau ketua polis mengeluarkan kenyataan akan menangkap jho low. Jangankan menangkap, situasi terkini jho low juga sudah sunyi sepi. 

Begitu mudah rakyat malaysia hari ini didoktrinkan dengan isu rasuah politik dan dipecah perintahkan mengikut acuan pelbagai parti politik. Parti agama, Parti bangsa, Parti Liberal, Parti Konon Hapuskan rasuah dan pelbagai parti lagi dengan doktrin pelbagai. 

Selagi kuasa eksekutif dan kuasa perundangan tidak dipisahkan, selama itulah kita akan terus berada dalam doktrin politikus yang berterusan melontarkan dakyah kononnya demi ekonomi rakyat. Kononnya.... 

Post a Comment

1 Comments

  1. Cerita keluarga zeti mendapat rm700juta wang 1mdb juga dah jadi sepi.
    Begitu juga pemimpin tertentu yg dikatakan memperolehi wang 1mdb dari jolo.

    ReplyDelete