Hari ini pelbagai tohmahan berkaitan tauliah mula digembar gemburkan. Apakah dengna membuat sedemikian, PHBN merasakan melayu akan memilih mereka dalam undi masa akan datang.
Ingatlah, zaman najib lebih hebat perancangan dibuat. Jika tersungkur adalah noktahnya. Tetap akan tersungkur.
Apa rakyat mahukan peningkatan ekonomi, penurunan harga barang dan kedamaian sejagat. Bukannya berterusan retorik seolah mahu menyekat kebebasan bersuara.
Ingat, PHBN memerintah bukan disebabkan undi majoriti. Tiada kerajaan yang akan kekal selepas ini.
5 Comments
Pegawai² jheat tu siapa ler yer.. betul² tak pernah dengar nama nih..
ReplyDeleteDiorang pernah pergi mesjid surau tak mengajar agama?
Jangan sampai nanti orang mengatakan yg pegawai² jheat tu tak berapa reti agama dan takleh mengajar agama dan tak laku serta diterima jemaah pendengat masjid, surau serta orang awam maka sibuk nak menyakat orang yg glamer dah ler sebab nanti masyarakat akan jadi benci dengan si Jheat tu tau..
bagi pandangan jer ni..
Kalau sama2 ustaz pun tidak sekufu, ada sikap irihati. Mcm mana umat islam nk bgabung?
ReplyDeleteElok ler pegawai2 jheat buat roadshow seluruh mesia yg si azharidrus tu tak ada tauliah dari diaorang... so cuba bagi arahan supaya orang ramai jangan dengar kuliah dan ceramah agama dia.
ReplyDeleteamacam? boleh tak pegawai2 jheat tu buat program macam tu?
Azhar Idrus tu dan boleh dikira seorang yg "larger than life" bagi masyarakat terutamanya golongan muda yg mencari pedoman agama islam berkaitan soal-soal harian berkait terutamanya tentang feqah sunni islam, bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia terutamanya di dunia Melayu, jugak di Brunei, Singapura & Pattani serta malahan bagi masyarakat Melayu di Vietnam & Kemboja (ramai pelajar-pelajar dari sana yg datang belajar di Terengganu di pusat-pusat pengajian islam di Terengganu & Kelantan sebetulnya).
ReplyDeleteJadi kalau ada usaha memperlekehkan dia tu bagi saya ianya amatlah sesuatu yg sangat-sangat bersifat negatif dan akan dipandang negatif lah pula kepada sesiapa yg bertindak sedemikian.
Suka tidak suka ikon-ikon sebegini usahlah dikacau samada kita suka atau tidak suka.
Dalam bab "bertauliah" atau tidak "bertauliah" ini saya sesekali terasa amat pelik dan tak faham kenapa ianya harus ada sedemikian, bukan kah senang kalau ada sesaorang itu mengajar agama maka kita raikan dan muliakan dan permudahkan mereka itu?
Pegawai-pegawai agama jabatan agama kan boleh saja pergi melihat dan berikan bantuan apa yg patut? Ini tidak, lain yg selalu terjadi, kekadang tu sengaja nak tunjuk ego, nak tunjuk konon nya ada kuasa boleh menentukan ini dan itu tampa ada sebarang alasan berasaskan pedoman agama islam.
Contoh la saya nak bagi satu, dulu kan pernah mufti Perlis tu masa tak berkhidmat sementara telah diserbu oleh pehak penguatkuasa jabatan agama Selangor ditempat dia memberi kuliah agama?
Apa ke benda sebenarnya tu? Bekas mufti pun kena serbu sebab mengajar agama tampa tauliah? Lawak apa ke jenis nya tu?
Setuju tak setuju dengan sesaorang tu perkara lain tapi biar logik la kan, dan yg paling penting biarlah sesuatu tindakan yg dibuat oleh majlis ugama islam itu sendiri mestilah hendaknya berasaskan ajaran islam lebih-lebih lagi nama dan hasrat penubuhan jabatan itu adalah atas nama islam.
Nah selepas tu dia menjadi Mufti Perlis balik sampai sekarang, amacam muka orang yg menyuruh tindakan serbuan terhadapnya dulu?
DS Najib Razak semasa beliau PM pernah berkata disatu seminar "peguam-peguam & hakim-hakim syariie" di KL sekitar tahun 2010 kalau tak silap yg "undang-undang mahkamah syariah di Malaysia selepas "merdeka" nih adalah diadaptasi dari undang-undang lapuk Australia & New Zealand maka ianya hendaklah dilihat balik dan disesuaikan balik mengikut kesesuaian syariah islam, dan begitulah juga dengan cara pentadbiran pengurusan Majlis-Majlis agama negeri dan hendaklah ada usaha-usaha bagi menyelaraskannya perbezaan yg ada di antara negeri-negeri. Itu ucaptama beliau sebagai PM pada seminar tersebut dan yg hadir tu bukan setakat hakim-hakim & peguam-peguam sahaja malah pegawai-pegawai utama Majlis-majlis ugama islam Negeri-negeri di Malaysia.
Apa la diaorang nih..tak faham saya, silap-silap kalau kita buka cerita nanti kita pula yg akan terima bahana yg entah apa-apa.
Brown Flesh Vibrator says: kalu ikot majoriti pro Azhar Idrus ni seolah2 manusia "larger than life" ni patot dapat macam2 pengecualian atas bumi malaysia ni; x payah ada i/c, x payah ada lesen, x payah ada toadtax, tak payah bayar cukai pintu, x payah bayar sesen pon kalu berhajat nak apa2. Maka tinggalah golongan yang x berapa cerdik ni yang wajib ikot peraturan. Indah dan adilnya Islam di kepala otak penyokong Azhar ni.
ReplyDelete