Kontrak pembersihan dikekalkan..Jika harga kontrak kekal sama, maka tiadalah kenaikan gaji untuk mereka. Dengan harga barang yang savan hari meningkat, tidak terkecuali harga barangan pencuci juga mungkin meningkat walaupun tidak ketara.
Persoalannya, kenapa tidak dibuat lantikan mystep terhadap pekerja tersebut dan kerajaan hanya membuka kontrak pembekalan barangan keperluan pencuci. Ia bukan sahaja menjimatkan kos pihak kontraktor untuk membayar gaji pekerja malah dapat memberi mereka kemudahan dalam memastikan barangan pencuci dapat diberikan mengikut kualiti terbaik.
Sekiranya pencuci dilantik status kontrak mystep, sekurangnya mereka juga dapat memperolehi bonus yang mungkin diberikan oleh pihak kerajaan dan kerjanya dikawalselia oleh pegawai kerajaan.
Harap pihak kerajaan dapat meneliti semula kaedah pengambilan pekerja pencuci. Ia secara tak langsung dapat menambah kuasa membeli.
0 Comments