Kami rasa, mostly rakyat malaysia dah tahu dimana apa-apa ucapan dan perbahasan yang dibuat didalam dewan rakyat tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. Logiknya, kalau ucapan tersebut boleh disaman, macam mana MP nak persoal dan pertikai isu yang sensitif yang melibatkan keselamatan negara. 

Speaker memaklumkan : 
Apa-apa ucapan yang dibuat oleh ahli Parlimen dalam mesyuarat majlis  parlimen adalah terlindung di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tiada prosiding undang-undang di mana-mana mahkamah boleh diambil terhadap ahli Parlimen berhubung apa-apa jua yang dikatakan olehnya semasa mengambil bahagian dalam apa-apa majlis parlimen itu.

Ahli Parlimen menikmati perlindungan itu menurut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan apabila bercakap di Dewan Rakyat atau kepada mana-mana jawatankuasanya