Bebaskan Najib & Zahid, Percaturan Menghancurkan PH Secara Total




Imej baik kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim setakat ini tercalar dan tercemar dengan isu pengampunan Najib Razak dan penangguhan kes Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib Razak kini memohon dibebaskan dari hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta melalui pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong. Permohonan pengampunan telah difailkan pada bulan Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Zahid Hamidi memohon 47 pertuduhan kes rasuah, salahguna kuasa dan pelupusan wang haram digugurkan oleh Peguam Negara.

Representasi telah difailkan kepada Jabatan Peguam Negara oleh peguam Zahid Hamidi.

Dari prosiding permohonan penangguhhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini jelas menunjukkan Pihak Pendakwaan berjalan seiring dan senada dengan Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah (SPRM) memberi alasan tiada bantahan terhadap permohonan penangguhan kes Zahid Hamidi yang dikemukakan oleh peguam Timbalan Perdana Menteri itu yang juga Presiden Umno.

Kesudahannya pada hari ini perbicaraan ke atas Zahid Hamidi yang telah ditetapkan dari bulan April hingga Julai nanti telah dilapangkan atau dalam bahasa biasa bermaksud ditangguh ke tarikh yang baru.


Seram, membimbangkan

Alasan utama penangguhan itu ialah untuk menunggu keputusan Peguam Negara sama ada 47 pertuduhan ke atas Zahid Hamidi itu wajar digugurkan ataupun tidak.

Perkembangan apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini amat menyeramkan dan membimbangkan.

Nampaknya peranan Peguam Negara berada di kedua-dua gelanggang. Pertama, Peguam Negara mengambil posisi dalam pengampunan Najib Razak di bawah Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan bahawa Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dianggotai sama oleh Peguam Negara.

Seterusnya, melalui Perkara 42(9) menyatakan bahawa Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara.

Di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan telah disebut dengan jelas bahawa takrif kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong tertakluk di bawah Perkara 42(4)(b) bahawa kuasa Agong dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan mengikut Fasal (5) Perkara 42.

Kedudukan perundangan ini amat jelas berbeza dengan kuasa budibicara Peguam Negara yang bukan raja dan bukan Agong di Mahkamah sivil.

Kuasa Peguam Negara untuk mengugurkan 47 pertuduhan ke atas Zahid Hamidi hampir mutlak di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Ini berbahaya dan cukup merisau dan membimbangkan kepada sesiapa yang mencintai keadilan, ketelusan dan kebenaran.


Kemungkinan malapetaka

Di bawah Perkara 145(3) dinyatakan secara bertulis bahawa Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di mahkamah sivil.

Kemungkinan senario yang tidak diingini akan berlaku. Jika Najib Razak diberi pengampunan diraja dan 47 pertuduhan ke atas Zahid Hamidi digugurkan maka kesan dua hal besar ini adalah suatu malapetaka kepada Kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu diingatkan. Gabungan politik Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan ditolak oleh rakyat dalam enam pilihan raya negeri tidak lama lagi.

PH dan Keadilan seterusnya akan dinyahkan oleh rakyat dalam pilihanraya umum-pilihanraya umum yang akan datang.

Kesudahannya, PH dan Keadilan akan rebah dan tersungkur bersama-sama Barisan Nasional dan Umno jika Najib Razak dan Zahid Hamidi bebas dan lepas dengan begitu mudah sekali.

Jika itu berlaku, jangan kata saya tak ingatkan.

HASSAN ABDUL KARIM 
Ahli Parlimen Pasir Gudang.


Post a Comment

6 Comments

  1. Tiga kebiolan pmx dalam tempoh dua minggu:
    1. kunun lawatan kerja yg dia bagitau ke Arab Saudi tak dilayan oleh pehak kerajaan Arab Saudi, bukan setakat Raja Salman dan Putera Mahkota tak layan, seorang pun dari menteri kabinet atau timbalan menteri atau pegawai2 rendah dalam kementerian Arab Saudi pun tak layan, last2 mujur saja gubenur Jeddah yg kira perjawatan bertaraf yang dipertuan negeri melaka saja yg hadir untuk sesi bergambar, itu pun tak ada bendera mesia diangkat cuma bendera Saudi sahaja yg dikibar.
    Lebih dari itu pegawai2 Masjidil Haram dan Masjid Nabawi seperti pak2 imam yg ramai bilangannya tu pun sorang pun tak ada jadual untuk bergambar, yg ada cuma pehak securiti masjid saja yg sikit tolong tengok, barangkali takut dia meroyan bagi speach yg munkin entah apa2 agaknya.. ya la nanti malu diplomatik pula dibuatnya.
    2. kunun perairan wilayah Mesia yg petronas duk carigali minyak & gas tu yg cuma beberapa batu nautika didepan pantai Negeri2 Berdaulat yg membentuk persekutuan negara Mesia nih tu kunun bertindih tuntutan dengan wilayah republik rakyat Tiongkok nun yg jaraknya beribu-ribu batu jauhnya dan melintasi perairan Vietnam, Filipina, Brunei & Indonesia.
    Bila masa pula yg Mesia nih menuntut? kan itu perairan Negeri2 Berdaulat tersebut?
    apa kejadahnya biol si pmx nih, atau ada apa2 ke masa bermesyuarat dengan pembesar2 Tiongkok tuh hah?
    3. Menjadi ahli lembaga pengampunan untuk najib banduan yg bertahun2 dia melalak menyakau wang negara, dah tu dulu dengar cerita yg geng2 dia bawak mari bapak si altantuya si model mangsa pembunuhan kejam, sili tengok balik artikel keluaran geng2 dia dulu mlah dalam banyak ceramah pun dulu geng2 dia berucap seolah2 si najib banduan lah yg berada di belakang trajedi malang yg menimpa model tu, apa dah lupa ker?

    Tu tiga kebiolan besar dan internasional yg dia buat dalam masa dua minggu, tak termasuk blunders2 yg lain lagi.
    nak hitung memang banyak la..
    Persolan nya apa petaka kah yg sedang melanda negara sekarang nih, dah la harga barang terus meningkat, nilai ringgit jatuh, pekerjaan berkurangan, ekonomi meleset dan berbagai2 lagi kemudaratan bala petaka yg melanda.

    Benarlah pesan Nabi (saaaw) yg antara lain bermaksud kuranglebih bahawa jangan diangkat orang yg terlampau berkeinginan kpd sesuatu jawatan yg dikehendakinya, adakah bahwa ini nasihat Baginda Nabi (saaaw) bahwa itu supaya untuk mengelakkan bala bencana petaka sekiranya orang sedemikian diberikan jawatan yg sangat di inginkan olehnya dan berlaku punah ranah akan diperbuat olehnya?
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2x5 biol dgn lobai2 yg mengimarahkan cabutan judi di negara ini.

      Lagi biol bila jadi KERAjaan tapi tongong bab royalti. Semak tidak, gubal akta pon tidak. Sedar peraturan undang2 tidak memihak.

      Dah sedar jadi pembangang baru hilang sikit ketongongan itu.
      Hhmmmm.....

      Delete
  2. Mulut anti rasuah anti kleptokrat tapi bila giler kuasa nak jadi pm lantaklah hoi hoi ya hoi pun diangkut sama, serupa jgk dapigs yg giler kuasa nk jadi menteri kabinet semua isu integriti tolak tepi,yg tua tolol apek kit siang dua kali lima.. aku yg bodoh ini pun tak sanggup gadai maruah, gadai prinsip bersengkokol perompak penyamun wang rakyat, rela demi negara demi bangsa, demi ugama biarlah tak jadi pm pun, dari dikenang sebagai pengkhianat bangsa ugama dan tanah air dlm buku sejarah kelak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersih dan stabil konon.
      Hanya slogan utk membangangkan walaunta dan mahacai muka sembab.
      Menjana kantung peribadi melalui jana wibawa. Integriti standard munafikun.
      Antara yg dashyat...minyak masak subsidi utk rakyat marhaen pon nak songlap.

      Mana para alim lobai kopiah putih dan alim muka sembab?
      Tarak komen kah?
      Atau bagi pihak walaunta ia adalah halal.
      Atau dah ada fuckwa dari mat fatwa songlap jana wibawa dan minyak subsidi adalah halal.

      Sama halalnya dengan cabutan judi yang diimarahkan jumlah kekerapannya...hmmmmm

      Delete
    2. Minyak masak subsidi pon ko nak songlap. Alahai dashyatnya pujaan walaunta nie!!!!!

      Dont worry. Dosa dan kesalahannya diampunkan kerana dilindungi para ostad fatwa.

      Delete
  3. Aku pon tak sanggup jadi munafik dgn bertuankan penyamun jana wibawa dan minyak masak subsidi rakyat.

    Hebat mengata orang sedangkan diri sendiri lebih buruk sikapnya.

    ReplyDelete