Dah Jadi Kerajaan, Hanya 60% AMK Bersedia? Hahaha



Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah menggerakkan jentera bagi membantu kempen dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dengan tahap kesiapsiagaan mencapai lebih 60 peratus.

Ketua AMK Adam Adli Abdul Halim berkata pihaknya juga bersedia dan tiada masalah untuk bekerjasama dengan sayap pemuda daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti Umno, MCA dan MIC.

"Sebenarnya AMK telah memulakan kerja-kerja untuk PRN ini sejak dua bulan lepas lagi malah mesyuarat peringkat AMK melibatkan kenam-enam negeri juga telah dijalankan… Kita telah turun ke negeri-negeri terlibat sebelum puasa lagi untuk selesaikan pengurusan AMK.

"Dalam mesyuarat itu, kita telah kenal pasti keperluan untuk PRN dan sekarang adalah masa untuk kami isi dan jalankan perkara-perkara yang dikenal pasti tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat AMK negeri dan melancarkan Jentera AMK Pulau Pinang bagi PRN di Bukit Mertajam, semalam.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata pihaknya menyasarkan sejumlah 30 peratus calon adalah dalam kalangan AMK untuk PRN di keenam-enam negeri namun mereka perlu bersedia serta boleh menang.

"Bukan soal berapa ramai calon namun mereka itu boleh sumbang kerusi... macam PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) lepas, calon AMK untuk Parlimen enam orang dan empat menang. Sebab itu saya kata kita tidak desak pucuk pimpinan untuk dapatkan kerusi bertanding.

"Dalam AMK ini tidak timbul isu boikot dan sebagainya... kalau kita tak dapat jadi calon, jentera kita sentiasa sokong siapa jua calon… namun setakat ini, kita belum bincang lagi berkenaan calon-calon," katanya.

Menyentuh kerjasama dengan sayap Pemuda parti lain di bawah Kerajaan Perpaduan, Adam Adli berkata perkara itu memang perlu dilakukan dan sedang dibincang.

"Malah di peringkat Pemuda Pakatan Harapan sekalipun, kita memang ada engagement (perjanjian kerjasama berterusan). Begitu juga dengan UMNO, MIC dan MCA.

"Engagement ini bukan sekadar untuk mendepani pilihan raya tapi untuk pentadbiran negara itu sendiri. Kita memang tak ada masalah untuk bekerjasama (khususnya dengan parti komponen BN) kerana kita komited dalam usaha untuk mempertahan kerajaan," katanya.

- Bernama

Post a Comment

1 Comments

  1. Kenyataan anti-Najib dari Kit Siang ini meletakkan Anwar dan UMNO tunduk kepada tekanan daripada Kit Siang dan DAP.

    Kita tahu Kit Siang sangat suka Najib dipenjarakan. Tanpa segan silu Kit Siang guna isu kleptokrasi tetapi membisu kes rasuah banglo anaknya Lim Guan Eng.

    Ini akan mengesahkan persepsi orang Melayu bahawa DAP adalah kuasa sebenar di sebalik kerajaan gabungan itu.

    Keceluparan Kit Siang menyebabkan kerajaan Perpaduan akan hilang sokongan orang Melayu jika Najib tidak dibebaskan sebelum pilihan raya negeri.

    Baru Dipanggil Jadi Saksi Pendakwaan Ke-9 Kes Skandal Terowong Dasar Laut anak Lim Kit Siang bernama Lim Guan Eng tetiba ditemui Mati.. sampai sekarang pembunuh tidak diketahui sampai sekarang..

    Saksi Utama Kes Rasuah Terowong Guan Eng Mati, Kit Siang Senyap. Rakyat mempersoalkan kenapa saksi utama kes rasuah mega terowong Dasar Laut yang melibatkan Lim Guan Eng, tiba-tiba jatuh dari tingkat 17 sebelum tarikh ke mahkamah.

    Datuk Ewe Swee Kheng, CEO pemaju harta tanah Ewein Group, berakhir dengan penuh tragis. Menurut sumber, beliau baru sahaja dipanggil untuk menjadi Saksi Pendakwaan Ke-9 di dalam kes rasuah terowong bawah laut mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

    Namun belum sempat beliau menjalankan tugas sebagai saksi ke 9, SK Ewe ditemui mati. Beliau dikatakan terjatuh daripada tingkat atas sebuah kondominium mewah di Pulau Tikus Pulau Pinang.

    Kit Siang mesti tahu bahawa seruan untuk membebaskan Najib adalah daripada semua 191 bahagian UMNO termasuk semua sayap pemuda dan wanita mereka.

    Buku memoir Tan Sri Tommy Thomas dedah pelantikannya sebagai Peguam Negara atas usaha dan percaturan Kit Siang. Maka apa yang dihairankan dengan hipokrasi Kit Siang. Padanya biarlah Najib masuk penjara asalkan anaknya bebas dalam kes Torwong tak siap itu..,”

    Ia adalah keputusan hampir sebulat suara daripada 3 juta ahli UMNO. Sokongan terhadap Najib di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu masih sangat kuat.

    ReplyDelete