Tak Pasal-Pasal Sanusi Kena Bayar RM120k


Saman fitnah dikemukan bekas anggota Parlimen Pokok Sena itu difailkan pada 9 Okt 2019 berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019.

Melalui hantaran tersebut Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PAS Pusat mengaitkan Mahfuz - selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena - dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan terbabit.

Mahfuz juga mendakwa Sanusi menerbitkan satu video berdurasi 7 minit 57 saat di akaun Facebooknya pada 27 Julai 2019 yang memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan kedai Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk yang tertera nama plaintif.



Post a Comment

0 Comments